Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ibu Abang Johan Pesan, Jika Ada Yang Melamar Terima Sahaja..” Nora Ariffin Akui Sudah Terima Lamaran Daripada Seseorang

today19 May 2021

Background

Terbaaru, Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin akui ada terima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini. Sebelum ini tular sekeping gambar memaparkan sijil penikahan dirinya dengan Tan Sri Annuar Musa, Nora sekeras-kerasnya menafikan ia tidak benar.

Nora, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi  berkongsi individu yang mahu memperisterikan dirinya itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal. Apabila gosip mengenai dirinya dan Tan Sri Annuar Musa dilihat semakin tidak terkawal, Nora merasakan inilah masa yang sesuai beliau umumkan berita baik lamaran ini. Tambah Nora, beliau akan kongsikan mengenai hari bahagianya dengan peminatnya tidak lama lagi.

Baca artikel lain: Shahrulezad Tampil Pertahankan Sharifah Rose, Imbau Kembali Pengalaman Perjalanan Artis-Artis Hebat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Tambah Nora, beliau masih keliru mengapa masih ramai percaya berita tidak benar itu kerana Tan Sri Annuar Musa sendiri juga telah menafikannya. Nora menjelaskan keputusan beliau untuk menerima lamaran orang baru itu dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak dan keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan.

Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira..

Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja..

Nora kemudiannya memaklumkan bahawa berkat restu dan sokongan anak-anaknya dan keluarga, beliau sudah bersedia menerima lamaran lelaki misteri itu. Sebagai rekod, Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Baca juga: “Lagi-Lagi Muka Kau! Kayangan Sangat Ke Kau?” Azwan Ali Selar Tindakan Neelofa Didakwa Langgar SOP

Sumber: Awani

Written by: Adinna


Previous post