Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kembalikan ‘Sally’ Yang Dulu..” – Peminat Upin Ipin Sedih Karakter Lembut Salleh Jadi ‘Keras’

today19 May 2021

Background

Animasi comel Upin dan Ipin bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak kecil, malah segelintir golongan remaja dan dewasa juga ada yang meminati kartun si kembar comel yang sering menyelitkan pengajaran dalam setiap penceritaannya. Upin Ipin yang bermula daripada 1 musim, kini telah berkembang hingga ke 15 musim. Baru-baru ini, pencinta animasi Upin Ipin meluahkan isi hati mereka mengenai watak Salleh yang asalnya merupakan watak lembut bernama ‘Sally’ telah berubah menjadi ‘keras’ dalam musim 15.

Menerusi sebuah ciapan yang tular di media sosial, netizen seolah-olah tidak setuju dengan ‘perubahan’ watak lembut ‘Sally’ menjadi maskulin dek kerana mereka berpendapat bahawa pihak produksi animasi Upin Ipin cuba untuk ‘mengubah’ atau ‘menepis’ dakwaan wujud lelaki berperwatakan ‘lembut’. Tambah mereka lagi, perwatakan Salleh yang lembut itu tidak menjatuhkan martabat seorang lelaki, malah dalam kartun tersebut watak Salleh sangat bertanggungjawab serta pandai mencari rezeki yang halal.

Baca juga: “Ibu Abang Johan Pesan, Jika Ada Yang Melamar Terima Sahaja..” – Nora Ariffin Akui Sudah Terima Lamaran Daripada Seseorang

Malah, ada dalam kalangan netizen mulai bimbang seandainya terdapat golongan kanak-kanak yang mempunyai karakter ‘lembut’ ini berfikiran bahawa mereka tidak diterima oleh masyarakat kerana perbezaan watak yang sekaligus boleh menjerumus ke arah kecaman dan buli dek kerana memiliki perwatakan feminin. Sebaliknya, menerjah di ruangan komen ciapan tersebut, mereka tidaklah menolak sepenuhnya perubahan watak Salleh, malah ada yang berpendapat bahawa lebih bagus jika watak Salleh yang lembut ini tidak bertukar secara ‘drastik’ kerana pandangan mereka perubahan itu agak tidak realistik.

 

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza, ada yang boleh terima dan ada yang tidak boleh terima. Bagaimanapun, sudah pasti setiap pemilihan pihak produksi animasi Upin Ipin ini mempunyai sebab yang kukuh dan mempunyai rancangan yang lebih baik untuk watak Salleh di episode akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Baca juga: “Ada Yang Beri Saya Gambar Anu..” – Farahdhiya Minta Berhenti Hantar Mesej Lucah Dan Ceroboh Privasi Dirinya

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

MSM agih zakat RM1 juta

PETALING JAYA – MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) menyumbang zakat sebanyak RM1 juta untuk diagihkan melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat meneruskan lagi tanggungjawab berzakat pada tahun ini. “Usaha ini bertujuan untuk menyokong usaha PPZ dalam membasmi kemiskinan serta menjamin kestabilan sosial, khususnya dalam... Klik […]

today19 May 2021