Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Misai Keli Memang Stail Dari Dulu Kan..” Ustaz Kazim Elias Kongsi Gambar Muda Ramai Puji Segak

today19 May 2021

Background

Sudah lama tidak dengar cerita teladan daripada seorang penceramah bebas, Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE). Memandangkan negara masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiada persidangan dan sesi ceramah dibenarkan untuk dilakukan demi melandaikan wabak Covid-19. Terbaru, perkongsian gambar DUKE ketika zaman mudanya telah meraih perhatian orang ramai di Facebook.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 40 ribu tanda suka dan hampir 2 ribu komen daripada pengguna Facebook. Gambar yang memperlihatkan dirinya begitu kacak dan ramping mendapat perhatian dan rata-ratanya meninggalkan komen mengenai betapa kacaknya DUKE ketika muda dulu.

Menurut DUKE, gambar tersebut merupakan gambar kenangannya bersama kereta pertama beliau iaitu Mitsubishi Galant 1979. Menurut DUKE, pada ketika itu beliau membayar rumah sewa sebanyak RM130 sebulan di Kampung Kuala Pari, Ipoh. DUKE juga sempat berkongsi keadaan rumah sewanya di mana beliau menyewa bahagian sewa tingkat bawah rumah tersebut manakala tuan rumahnya pula duduk di tingkat atas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji rupa paras beliau dan menyatakan trademark misai ‘keli’ miliknya itu sangta ikonik dari dulu sehingga kini. Ada juga yang sempat mendoakan kesejahteraan DUKE dan berharap akan dapat menghadiri majlis ceramahnya selepas berakhirnya pandemik maut ini.

Baca juga:

Sumber: Facebook DUKE

Written by: Adinna