Serba tidak kena. Mungkin itulah sesuai diungkapkan kepada selebriti popular, Neelofa apabila dilihat tidak berhenti dihujani kontroversi melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kalau sebelum ini kecoh dengan berita Neelofa dipanggil ke Mahkamah atas dakwaan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekali lagi wargamaya menegur Neelofa yang dilihat tidak memakai pelitup muka apabila hadir ke Mahkamah Majistret, Seremban, Negeri Sembilan.
Rasanya kalau pakai niqab, mask pun mesti pakaikan ? Harapnya hajah pakai juga mask disebalik niqab tu. pic.twitter.com/IVXs1OGKHt
— Marina Ibrahim (@Marina_Ibrahims) May 20, 2021
Dia yang dilihat hadir bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26 tahun, mendapat perhatian para wartawan juga sehingga gambarnya yang jelas mengenakan niqab itu menampakkan bentuk hidung dan mulutnya. Gambar tersebut menimbulkan seribu satu persoalan sehingga wargamaya mempersoalkan kenapa Neelofa tidak memakai pelitup muka disebalik niqab itu.
Baca juga: Terima Ugutan Bunuh Dan Ditamatkan Kontrak Jenama Mewah, Bella Hadid Terus Dapat Sokongan Ramai
“Silalah pakai pelitup muka walaupun pakai niqab. Tak tahu pula kain niqab tu 3ply,” ujar seorang pengguna Twitter yang memberi komen selepas terlihat gambar Neelofa itu.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat kenyataan berkenaan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah yang disiarkan pada 22 Oktober tahun lalu. Dalam kenyataan tersebut, jelas dinyatakan pemakaian purdah dan berniqab sahaja tanpa memakai pelitup muka tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.

Hanya pakai niqab tanpa pelitup muka ketika hadir untuk tuduhan langgar SOP PKPB di mahkamah Seremban, semalam.
Polis sahkan terima laporan dan mulakan sisatan ke atas selebriti kontrovesi, Neelofa-KPD Seremban pic.twitter.com/ISHPlT5016
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) May 21, 2021
Jadi jelas tidak kira memakai niqa ataupun tidak, wajib untuk mengenakan sekali pelitup muka sekiranya berada di tempat awam. Wargamaya lain juga turut menyuarakan ketidakpuasan hati kepada pasangan selebriti itu kerana sering dilihat melanggar SOP. Bagaimanapun, isu tidak memakai pelitup muka di Mahkamah itu, pihak polis sahkan sudah terima laporan dan akan mulakan siasatan ke atas selebriti kontroversi itu.
Sumber daripada: Twitter & Harian Metro