Senjata nuklear adalah senjata pemusnah berkapasiti luas yang dihasilkan melalui tindak balas tenaga nuklear. Jika dikaji semula sejarah dunia, senjata nuklear telah digunakan sebanyak 2 kali oleh Amerika Syarikat (United States) dalam peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki ketika Perang Dunia ke-2. Negara pertama yang mengusahakan senjata nuklear adalah Amerika Syarikat di bawah projek rahsia yang dinamakan ‘Projek Manhattan’. Ujian senjata nuklear pertama dijalankan pada 16 Julai 1945 di suatu tapak dekat Alamogordo, New Mexico. Selain Amerika, negara mana lagi yang menghasilkan senjata nuklear?
Baca juga: 5 Jambatan Pejalan Kaki Paling Menakutkan Di Dunia
1. Rusia

Negara yang terkenal dengan kemajuan kejuruteraan dan sains, Rusia merupakan negara kedua sebelum Amerika Syarikat yang membangunkan senjata nuklear. Dalam tempoh tersebut, Rusia kini memiliki 6,850 bilangan senjata nuklear sekaligus meletakkan negara ini di tempat pertama dalam kekuatan nuklear. Kini, Rusia memfokuskan senjata nuklear sebagai kepentingan dalam peperangan.
2. Perancis

Kehebatan negara Perancis dalam menghasilkan senjata nuklear mendapat perhatian dari negara-negara lain. Pada tahun 1950-1960 dibangunkan, Perancis meletakkan 300 peluru berpandu yang mereka miliki pada kapal-kapal selam sebagai taktik peperangan. Mungkin jumlah bilangan senjata nuklear yang mereka ada tidak setanding Amerika dan Rusia, namun Perancis berpegang kepada dasar tidak takut akan negara lain yang memerangi mereka atas dasar keganasan.
3. China

Pada tahun 1964, China melakukan ujian bom hidrogen yang pertama. Bukan hanya senjata nuklear, China juga dikhabarkan mempunyai senjata kimia yang menggoyangkan kedudukan negara lain. Semasa era pemerintahan Mao Zedong bermula, China telah mula membina senjata nuklear dengan 280 bilangan peluru direkodkan setakat hari ini. Tujuan mereka melakukan sedemikian adalah bagi mengukuhkan kuasa diplomasi mereka dan China direkod sebagai negara tempat ke 3 dalam mengusahakan senjata nuklear.
4. United Kingdom (British)

United Kingdom mempunyai sebanyak 215 kepala peluru dan ini menjadikannya negara kelima yang mempunyai senjata nuklear terbanyak di dunia. Namun, menurut sejarah United Kingdom merupakan negara ke 3 yang membangunkan senjata nuklear. Daripada jumlah tersebut sebanyak 120 biji kepala peluru berpandu termonuklear pernah dihidupkan dan 16 peluru nuklear Trident yang dimuatkan ke 4 buah kapal selam perang dibawa sepanjang masa.
5. Israel

Program nuklear di Israel diperkenal dan dimulakan oleh Ben Gurion iaitu Perdana Menteri Israel yang pertama pada 1949. Hal ini berlaku kerana ketakutan mereka terhadap peristiwa Holocaust yang menjadi mimpi ngeri buat seluruh rakyatnya. Kekuatan nuklear Israel tidak diketahui dan sukar diramal.
Negara lain seperti Pakistan, India, Israel dan Korea Utara adalah antara negara yang membangunkan senjata nuklear. Walau bagaimana pun, pada tahun 1970, Perjanjian Senjata Nuklear Non-Proliferasi telah dikuatkuasakan. Perjanjian ini bertujuan melarang negara lain yang masih membangun dari menghasilkan senjata nuklear dan negara yang sudah ada harus mengurangkan kapasiti mereka demi keharmonian dunia. Peperangan nuklear harus dielak sama sekali kerana kuasa ledakannya adalah luar biasa dan tak dapat dibayangkan.
Baca juga: Wujudnya 5 Ritual Kematian Yang Pelik Dari Seluruh Dunia
Sumber: iluminasi