Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Nak Berapa Ramai Lagi Rakyat Kita Mati” – Diserang Anxiety, Azza Elite Rayu Kerajaan Buat Total Lockdown

today27 May 2021

Background

Sebenarnya ramai yang risau dengan berita mengenai jumlah kes positif COVID-19 harian. Angka masih tidak menunjukkan trend menurun. Kerisauan ini ditambah pula dengan berita mengenai virus ini boleh tersebar melalui udara pula. Memang sudah sampai ke tahap menimbulkan kecemasan orang ramai.

Antara yang turut menzahirkan kerisauan mereka mengenai perkara ini adalah golongan selebriti, dan kali ini penyanyi dan pelakon, Azza Elite dilihat meluahkan kerisauannya di media sosial. Satu video pendek dimuatnaik oleh Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, menunjukkan betapa sedih dan bimbangnya dirinya dengan situasi semasa. 

Baca juga: [VIDEO] “Kita Yang Beli Beras!” – Akibat Bergurau Di Tempat Awam, Izzue Islam Kena ‘Tampar’ Dengan Isteri

“Dada berdebar bila baca di media sosial. Saya minta maaf pada semua sebab saya ada anxiety yang sangat teruk,” ujar Azza.

Dia juga turut menyatakan dirinya mengalami anxiety yang sangat teruk disebabkan risau dengan berita mengenai virus COVID-19 yang kini mudah tersebar melalui udara. Kata Azza lagi, dia takut dan risau pada mak dan anaknya di kampung yang sudah agak lama terpisah. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite)

Disebabkan itu, Azza membuat rayuan kepada kerajaan untuk lakukan total lockdown seperti yang pernah dilakukan kali pertama awal tahun lepas. Menurutnya, selagi tidak ada total lockdown, ramai yang masih terpaksa pergi kerja.

“Kalau kerajaan buat total lockdown, sekurang-kurangnya kami duduk di rumah dan tak jumpa orang, tak jumpa siapa-siapa untuk dua atau tiga minggu,” tambahnya lagi. 

Itulah rayuan Azza supaya dilakukan total lockdown agar kes jangkitan boleh menunjukkan angka sifar. 

Baru-baru ini kita baru dikhabarkan mengenai jangkitan baharu virus COVID-19 yang boleh merebak melalui udara. Menerusi hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga memaklumkan tentang perkara ini, di mana titisan cecair yang keluar dari mulut atau hidung kita yang mengandungi virus itu boleh jadi partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol). Partikel aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter.

Baca juga: Cuba Sokong Kenyataan Mira Filzah, Netizen ‘Sound’ Azfar Heri Sebab Pernah Langgar SOP

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Codys bina kerjaya, ubah taraf hidup wanita

PETALING JAYA – Coway Ladies atau lebih dikenali sebagai Codys yang diperkenalkan oleh Coway Malaysia (Coway) kini memberi peluang kepada golongan wa­nita membina kerjaya, menjana pendapatan stabil dan juga menyusun masa fleksibel untuk memenuhi tuntutan kerja serta keluarga. Tugas khusus wanita Codys adalah menyelenggara produk Coway di rumah pelanggan. Rata-rata wanita yang telah menyertai kerjaya tersebut melihat ia sebagai ‘lubuk emas’ buat mereka untuk menambah pendapatan sekali... Klik untuk baca […]

today27 May 2021