
Minggu lalu kita dikejutkan dengan insiden pelanggaran dua tren LRT yang mengakibatkan ratusan penumpang yang berada dalam LRT berkenaan cedera parah.
Berikutan insiden yang dikatakan berpunca daripada pemandu yang cuai memandu dengan arah yang salah, pihak Prasarana tampil dengan inisiatif untuk memberikan pampasan RM1,000 buat penumpang yang terlibat. Pemberian RM1,000 tersebut walau bagaimanapun kurang dipersetujui para netizen.
Terbaharu, salah seorang penumpang LRT yang terlibat dalam kemalangan berkenaan iaitu Wong Chee Fong dilaporkan sedia menuntut pampasan dan ganti rugi kecuaian kepada pengendali LRT Prasarana Malaysia Bhd sebanyak RM1.8 juta.