Umum mengetahui bakat seseorang individu pada zaman dahulu memainkan peranan penting sebelum diiktiraf sebagai pelakon ataupun penyanyi dalam bidang seni hiburan. Namun begitu, konsep di Malaysia pada zaman kini seakan berubah apabila masih ada dalam kalangan segelintir pihak produksi yang lebih memandang ‘populariti’ seseorang di media sosial berbanding bakat yang terpendam. Hal ini banyak membuatkan artis-artis berbakat besar ‘merudum’ dek kerana tidak mendapat pengiktirahan yang sewajarnya ke atas bakat mereka.
Baru-baru ini, pemenang Naib Juara program realiti musim pertama Vokal…Bukan Sekadar Rupa, Mafarikha Md Akhir yang mencari ruang dalam industri hiburan sejak sepuluh tahun lalu, kini telah membuktikkan kejayaannya dalam bidang nyanyian apabila namanya diangkat naik untuk bekerjasama dengan Disney+Hostar sebagai suara latar Bahasa Melayu untuk watak Elsa dalam filem Frozen 2.
Angan-angan jadi kenyataan, dulu berangan nak nyanyi Disney songs, now I dapat jadi Elsa. Subscribe to Disney+ now, I’m so happy to be part of your kids entertainment ? pic.twitter.com/oY1I97fZ3V
— MAFARIKHA (@mafarikha) June 1, 2021
View this post on Instagram
Penyanyi yang juga pernah mewakili program Asia’s Got Talent pada musim kedua ini akui berasa sangat bangga apabila mendapat peluang besar ini daripada Disney. Menurutnya, menjadi sebahagian daripada Disney telah menjadi salah satu impiannya sejak dahulu. Tambahnya lagi, ini adalah pengalaman kali pertama Mafarikha membuat alihan suara (dubbing) untuk syarikat penyiaran antarabangsa terkenal, Disney+Hotstar.
“Angan-angan jadi kenyataan, dulu berangan nak nyanyi Disney songs, now I dapat jadi Elsa.” ujar Mafarikha menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya.
Menerjah di ruangan komen sebuah posting di akaun Instagram miliknya, rata-rata daripada pengikutnya kagum dengan bakat hebat yang dimilikinya. Sebagai penyanyi, Mafarikha akui agak tercabar untuk membawa tugas yang berat ini namun, sudah terbukti dia berjaya membawa dengan baik apabila ramai dalam kalangan peminatnya yang memuji nyanyiannya. Malah, selebriti terkenal Sherry Alhadad turut terpesona dengan penyanyi Elsa Malaysia ini.

Inilah orang dulu-dulu kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Meskipun nama Mafarikha tidak terlalu dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia, namun sikap positif dan semangat juang yang tinggi untuk diiktiraf dan berjaya dalam bidang nyanyian, Mafarikha kini membuktikan dirinya mempunyai bakat besar yang membuka mata orang ramai. Kisah Mafarika ini boleh dijadikan pengajaran buat penyanyi-penyanyi baharu di luar sana untuk sentiasa fokus memperbaiki diri agar tidak berada di takuk yang sama.
Baca juga: Hairul Azreen Bangga Karya Arahan Pertamanya Diangkat Sebaris Di Atas Satu Pelantar Dengan Disney
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Mafarikha