Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Macam Kembar” – Terima Pujian Lakonan Mantap, Ramai Kata Wajah Puteri Liyana Dan Amyra Rosli Seiras

today2 June 2021

Background

Drama berjudul ‘Bersabarlah Duhai Hati’ baru sahaja melabuhkan tirainya dengan episod terakhir sudah di tayangkan. Ada yang layan drama ni? Memang rata-rata yang menonton drama ini berasa puas dengan pengakhirannya. Selain jalan ceritanya yang menarik, lakonan mantap dari pada pelakon juga turut dipuji. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Baca juga: Ayda Jebat Tawar RM50 Setiap Hari Bagi Siapa Dapat Duduk Rumah Sewaktu Total Lockdown

Sementara itu, di Instagram Puteri Sarah Liyana turut membuat perkongsian gambar dia bersama Amyra Rosli yang mana masing-masing memegang watak sebagai Dian dan Fira. Gambar tersebut mendapat pujian ramai peminat apabila menyatakan mereka bedua kelihatan sama cantik. Selain itu, ada juga yang mengatakan Puteri dan Amyra kelihatan seperti kembar.

Sekali pandang memang nampak hampir sama wajah mereka. Bagaimanapun, rata-rata tetap memuji lakonan mantap daripada kedua-dua pelakon ini. Lakonan mereka sehinggakan meninggalkan kesan terhadap penonton. 

Dalam pada itu, Puteri juga turut mengucapkan terima kasih buat penonton yang sudi meluangkan sedikit masa setiap hari selama 35 hari drama itu bersiaran di TV3. Dengan berakhirnya drama ini, terdapat suara-suara yang meminta untuk ia disambungkan dalam siri kedua. Puteri juga menyatakan harapannya untuk drama itu disambung pada siri yang kedua. Sama ada akan menyusul ‘Bersabarlah Duhai Hati 2’ ataupun tidak, sama-samalah kita tunggu nanti. 

Baca juga: “Simpanlah Kau Punya Bo**h Tu” – Seperti ‘Berperang’ Di Ruangan Komen Bila Suhaimi Saad Sound Catriona Ross

Written by: Hamka Rosli


Previous post