Nama Dato Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan adalah nama yang tidak asing lagi di negara ini. Restoran Chef Wan yang diberi nama De. Wan juga adalah antara restoran yang selalu menjadi pilihan orang ramai dan para selebriti. Ini bukan sahaja kerana hiasan di dalam restoran itu yang “Instagram worthy” tetapi makanannya enak dan berkhasiat.
Baca juga: “Dr Tolong Check Hati Saya Sakit Dan Sedih..” – Chef Wan Hampir Sakit Jantung Kerana Tekanan
Terbaru, Chef Wan ada berkongsikan videonya memasak di laman Intagram miliknya. Menurut Chef Wan, dia memang suka memasak di rumah. Dia akui bahawa dia memang teratur dalam masakan. Dia akan mula berfikir menu masakan dan bahan-bahan yang ingin digunakan lebih awal. Cara ini dilihat sangat efektif jika anda tidak mahu membazirkan barangan dapur yang anda beli.
View this post on Instagram
Hal ini kerana ada barangan yang tarikh luputnya lebih awal dari yang lain oleh itu ia perlu digunakan dalam masa beberapa hari selepas dibeli. Bila anda rancang lebih awal, tiada bahan atau barangan akan dibazirkan. Chef Wan berkata melalui kapsyen di postingnya, lockdown adalah waktu terbaik untuk kita masak dan rancang setiap menu masakan kita.
Menurut Chef Wan, orang yang malas memasak adalah orang yang rugi. “Duit setinggi gunung jika hari-hari order take away pun boleh habis,” itulah kata Chef Wan. Dia juga turut menambah bahawa masak sendiri lebih baik kerana ianya lebih berkualiti dan lebih enak mengikut citarasa masing-masing.
“Tiada yang dapat menandingi usaha kita masak demi kebaikan diri dan keluarga,” ujar Chef Wan. Oleh itu dia menganjurkan supaya orang ramai masak sendiri di rumah sepanjang lockdown ini berlansung. Sekaligus, perkara ini dapat mengurangkan kontak dengan orang lain.
Ada betulnya kata Chef Wan tu, masak sendiri di rumah sememangnya lebih menjimatkan, sedap dan lebih berkualiti. Jika anda tak pandai masak, jangan risau sekarang ni macam-macam video masakan ada di media sosial. Bagus juga masa-masa begini kita gunakan untuk tambah ‘skill’ yang ada.
Sumber: Chef Wan