Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Akui Suka Lihat Gandingan Farid Dan Mimi Lana, Diana Danielle Dipuji Isteri Yang “Supportive”

today3 June 2021

Background

Realiti kehidupan seorang artis adalah tidak semua pasangan dapat memahami kerjaya mereka dalam industri seni terutama para pelakon yang selalu memainkan babak babak cinta dalam filem mahupun drama. Tidak dinafikan memang ramai isteri yang cemburu apabila melihat adegan manis suami dengan wanita lain walaupun ianya hanya lakonan. Apabila bercakap mengenai perasaan tiada siapa boleh pertikaikan kan?

Baca juga: “Outside You Are Fine, Inside You Are Comatose..” Diana Danielle Mengaku Burnout Sehingga Dikatakan Malas

Namun tindakan Diana Danielle baru-baru ini yang berkongsikan poster drama lakonan suaminya, Farid Kamil dan Mimi Lana menarik minat ramai. Bukan kerana Diana Danielle turut promosikan drama tersebut tetapi lebih kepada kapsyen yang ditulisnya.

Menurut Diana, dia akui suka melihat gandingan ini di paparan televisyen. Kata Diana mereka sama-sama “panjang” jadi nampak serasi dan padan bersama. Diana turut menggunakan emoji ketawa berair mata (?) dan tag Farid Kamil serta Mimi Lana di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Meninjau ke ruangan komen, dapat dilihat Farid Kamil dan Mimi Lana masing-masing mengucapkan terima kasih kepada Diana di atas sokongannya. Rata-rata wargamaya memuji sikap Diana Danielle yang sangat profesional dan “supportive” terhadap suaminya.

Diana juga adalah seorang pelakon dan pasangan suami isteri ini sudah lama berada di dalam industri seni tanah air. Kata orang tua-tua  sudah banyak makan garam. Memang best jika kita dapat pasangan yang sentiasa menyokong apa yang kita lakukan terutama bila ia melibatkan kerjaya. Sokongan seperti ini akan buat kita rasa nak jadi yang lebih baik.

Apa pun, kita doakan tali perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle kekal hingga tua dan bahagia selalu bersama. Kita doakan juga drama terbaru gandingan Farid dan Mimi Lana ini mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.

Baca juga: “Bahagia Cara Sederhana Tapi Sangat Bermakna..” Wargamaya Sebak Dengan Video Sambutan Hari Jadi Farid Kamil

Sumber: Diana Danielle

Written by: Danisyah Dalily


Previous post