Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Imegresen Jawab Kekecewaan Hafizh Syahrin Gagal “Terbangkan” Isteri Ke Eropah

today4 June 2021

Background

Berada beribu batu jauh daripada keluarga semestinya bukan perkara yang menggembirakan lagi-lagi apabila seseorang itu sangat memerlukan sokongan daripada ahli keluarga. Atlet sukan permotoran, Hafizh Syahrin baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak Imegresen negara selepas gagal “menerbangkan” isterinya ke Eropah.

Hafizh meluahkan rasa kecewanya itu di Instagram story di mana dia berkata bahawa dia ketika ini memerlukan isterinya untuk berada di sisi. Hal ini adalah kerana, selepas terlibat dalam insiden di perlumbaan MotorGP yang lalu, Hafizh sedar bahawa dia memerlukan ahli keluarga terdekat bersama dengannya.

Baca juga: Akui Suka Lihat Gandingan Farid Dan Mimi Lana, Diana Danielle Dipuji Isteri Yang “Supportive”

Jika ada apa-apa yang terjadi, sekurang-kurangnya isterinya ada di sisi, itulah yang difikirkan Hafizh Syahrin namun dirundum kecewa apabila permohonannya ditolak.

Susulan daripada itu, Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) mengeluarkan kenyataan bagi menjawab kekecewaan Hafizh. Kata pihak Imegresen, hanya atlet yang berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan ke sana. Manakala, atlet yang menyertai kejohanan di luar negara secara “on” dan “off” tidak dibenarkan membawa ahli keluarga bersama kecuali jurulatih dan kru profesional sahaja.

Hal ini adalah kerana penjagaan ketat pintu keluar dan masuk negara susulan PKP sebelum ini dan “total lockdown” yang dikuatkuasakan bermula 1 Jun. Situasi wabak pandemik di negara ini sudah semakin mengganas dan ini membuatkan negara menambah lebih banyak sekatan di negara ini.

Ada sebab mengapa permohonan ditolak oleh pihak berkuasa terutama dalam keadaan negara dan dunia yang “sakit” pada hari ini. Semua pihak perlu lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan. Apa pun kita doakan yang terbaik buat atlet kebangsaan, Hafizh Syahrin di kejohanan permotoran yang diadakan di Eropah.

Baca juga: “Bo**h Dan Memalukan..” – Ketawa Gembira Ahli Keluarga Positif Covid-19, Chef Wan Tempelak Gadis Ini

Sumber:  mStar

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Lifestyle

Kenali Apa Itu ‘Happy Hypoxia’, Pembunuh Senyap Covid-19!

Ini pembunuh senyap covid! Saban hari, kes jangkitan Covid-19 semakin merisaukan. Ini juga termasuk kes-kes jangkitan yang tidak menunjukkan sebarang simptom oleh kerana jangkitan virus varian baharu. Salah satu simptom yang dikatakan menjadi ‘pembunuh senyap’ adalah Happy Hypoxia yang terjadi kerana kekurangan oksigen dalam badan. Mungkin ramai yang tidak sedar tetapi anda kena ‘alert’ dengan […] Salah satu simptom yang dikatakan menjadi 'pembunuh senyap' adalah Happy Hypoxia yang terjadi kerana […]

today4 June 2021