Sebelum ini kecoh tentang ‘influencer’ yang semakin ramai diambil berlakon dalam drama-drama bersiri di televisyen walaupun ada yang dikatakan “kayu” dalam lakonan. Sudah ramai artis yang tampil memberikan kenyataan tentang hal ini. Isu ini diperdebatkan oleh ramai termasuklah para pengarah, artis veteren dan pihak produksi sendiri. Hal ini masih lagi diperkatakan sehingga kini kerana terdapat banyak pendapat mengenainya. Malah, ada juga yang tampil memberikan cadangan bernas bagi menyelesaikan isu ini.
Baca juga: Shahrulezad Tampil Pertahankan Sharifah Rose, Imbau Kembali Pengalaman Perjalanan Artis-Artis Hebat
Nabila Huda melalui satu temu bual sebelum ini ada memberikan beberapa pesanan dan cadangan kepada pihak produksi dan juga ‘influencer’ media sosial yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Nabila berkata bahawa dia faham pengambilan ‘influencer’ sebagai watak utama dalam drama di televisyen adalah sebahagian daripada tuntutan produksi hari ini untuk menarik minat penonton dek kerana ‘influencer’ mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial.
View this post on Instagram
Oleh itu, tidak berguna jika para artis veteren terus menghentam kewujudan bakat-bakat baru ini kerana merekalah yang akan meneruskan dan mewarnai dunia lakonan pada masa hadapan. Oleh itu, Nabila Huda membuat satu inisiatif dengan membuka kelas lakonan online percuma buat bakat baru.
Nabila membuat pengumuman ini menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya. Nabila berkata dia sedia berkongsikan ilmu mengenai dunia lakonan mengikut pengalaman dirinya sendiri.
“I’m willing to share semua benda yang I lalui dan yang I practicekan untuk jadi seorang pelakon,” kata Nabila. Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengambil sebarang caj sebaliknya hanya ingin adakan kelas lakonan ini secara percuma. “I fikir I nak buat free classes untuk adik-adik atau pelakon baru yang nak tahu basic untuk jadi seorang pelakon mengikut cara Abil”.
Nabila mengaku bahawa dia juga pernah melalui asam garam sebagai seorang pelakon baru yang tidak tahu berlakon. Apa yang dia buat ialah terus belajar hari demi hari dan itulah kunci kepada kejayaannya sekarang. Asas lakonan itu memang perlu dipelajari dan ditambahbaik dari semasa ke semasa sebelum seseorang masuk ke set lakonan. Selepas itu apabila berada di set, apa yang perlu dilakukan adalah menggilap bakat yang ada dengan cara yang tersendiri.
Harapannya adalah untuk membantu pelakon baru di luar sana agar bakat lakonan mereka dapat digilap lebih bersinar. Di ruangan komen, netizen memuji idea dan tindakan Nabila untuk membantu pelakon-pelakon baru ini. Mereka berkata bahawa Nabila tidak kedekut ilmu dan juga seorang yang merendah diri.

Bakat-bakat baru perlu ambil peluang ini kerana Nabila merupakan ‘superb actress’ dan mungkin tiada lagi peluang seperti ini di masa hadapan. Apa pun kita doakan agar semuanya dipermudahkan buat Nabila Huda.
Sumber: Nabila Huda