Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Bekas Krew Kabin Penerbangan Jadi Sukarelawan Di Pusat Vaksinasi Buat Ramai ‘Feeling’ Naik Kapal Terbang

today4 June 2021

Background

Tentu ramai yang dah lama tak naik kapal terbang kan? Yelah sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, ke mana je yang kita boleh pergi menaiki kapal terbang. Kalau yang jenis tiap-tiap tahun melancong ke luar negara, lagilah rasa macam dah lama tak dengar suara pramugari atau pramugara memberi arahan keselamatan sebelum penerbangan. 

Tapi baru-baru ini tular di media sosial yang kita masih boleh mendengar suara pramugari memberi arahan keselamatan tanpa perlu menaiki kapal terbang. Wah tak perlu naik kapal terbang pun dah boleh lepas rindu. Satu video yang tular di Twitter memaparkan seorang bekas pramugari menyampaikan arahan serta maklumat kepada penerima vaksin di sebuah pusat vaksinasi.

Baca juga: “Siapa Yang Penat Sangat Workout Ni?” – Video Fasha Sandha Bersenam Dengan Baby Buat Netizen Terhibur

Menurut maklumat, bekas pramugari tersebut merupakan sukarelawan di pusat vaksinasi Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Jadi bagi mereka yang melakukan vaksinasi di IDCC akan bertemulah dengan bekas krew kabin itu dan menerima arahan seolah-olah berada dalam kapal terbang. 

Itulah reaksi mereka yang hadir ke situ merasakan seperti sedang bersiap sedia untuk berlepas menaiki pesawat. Ramai yang berasa teruja apabila melihat bekas pramugari menjadi sukarelawan di pusat vaksinasi tersebut. Dalam pada itu, ada juga yang menyeru untuk kerajaan mengambil bekas krew kabin penerbangan untuk menjadi sukarelawan di pusat vaksinasi.

Mungkin disebabkan mereka sudah biasa melayan penumpang penerbangan serta mempunyai pengetahuan dalam safety and first aider, jadi mereka dilihat sesuai untuk menjadi sukarelawan di situ. Siapa yang rindu nak dengar suara pramugari tu, bolehlah daftarkan diri cepat-cepat sebagai penerima vaksin dan dapatkan vaksin. Untung-untung boleh ‘feeling’ naik kapal terbang.

Baca juga: Menteri Agama Ucap Terima Kasih, Netizen Bersyukur Ustaz Zainul Asri Ubah Pendirian Terhadap Vaksin COVID-19

Written by: Hamka Rosli