Keindahan dan keunikan yang ada di negeri-negeri di Malaysia ini memang tidak boleh dinafikan lagi. Banyak tempat-tempat indah menjadi tarikan pelancongan sehingga ke peringkat antarabangsa. Contohnya seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Sabah & Sarawak, dan juga tempat-tempat lain. Sayang kalau semua ini tak dijaga dengan betul dan dibiarkan rosak serta kotor.
Baru-baru ini, Mat Dan atau nama sebenarnya Muhammad Kareef Danial Abdullah membuat perkongsian di Instagram miliknya mengenai keadaan seekor penyu yang dilihat terdampar di pesisir pantai di Terengganu. Penyu tersebut dilihat telah mati dengan kesan torehan di bahagian perut, dipercayai bagi mengambil telur penyu tersebut.
View this post on Instagram
Baca juga:Dapat Hampir 7 Juta Tontonan, Ramai Kecam Tindakan Wanita Ini Tayang Barang Kemas Dimilikinya
“Lebih 20 tahun dia (kawan Mat Dan) pejuang utk selamatkan penyu di Terengganu. Sangat kejam kepada siapa yang buat,” tulis Mat Dan.
Selain itu, Mat Dan turut menyatakan bahawa ini adalah sebab kenapa kita tidak sepatutnya memakan telur penyu. Kalau masih ada yang makan telur penyu, maksudnya akan ada permintaan dan ia membawa kepada perkara seperti ini. Memang perkara ini dipandang serius oleh Mat Dan dan berharap pihak tidak bertanggungjawab dapat hentikan eksploitasi terhadap penyu ini.

Sementara itu, wargamaya lain yang menonton perkongsian video dari Mat Dan itu juga turut menyatakan tindakan membunuh penyu semata-mata untuk dapatkan telurnya adalah satu tindakan yang kejam. Tidak kurang juga yang bersimpati dengan keadaan penyu di Terengganu yang terus menjadi ancaman. Semoga pihak berwajib dapat ambil tindakan yang sewajarnya agar perkara ini tidak terus berlaku.
Sumber daripada: Instagram