Menjadi sukarelawan buat negara sememangnya adalah satu perkara yang mulia dan pasti banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripadanya terutama dalam keadaan negara yang sangat memerlukan bantuan semua pihak ketika ini. Bila kita turun padang baru kita dapat lihat situasi sebenar di medan perang. Banyak juga ragam manusia yang dapat kita perhatikan.
Dr Say melalui postingnya di laman Instagram ada berkongsikan pengalamannya menjadi seorang sukarelawan semasa lockdown dijalankan di negara ini. Pada lockdown 1.0 yang dikuatkuasakan tahun lepas, Dr Say sertai skuad kesihatan negara membuat ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran di ibu kota negara. Kata Dr Say itu adalah pengalaman yang membuka mata dan dia belajar untuk lebih bersyukur selepas melihat keadaan kehidupan mereka-mereka yang susah.
Pada lockdown 2.0 yang baru sahaja dikuatkuasakan bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini, Dr Say berkata dia sekali lagi diberi peluang untuk turut serta membantu pekerja kesihatan kerajaan dalam membendung penularan wabak pandemik covid-19. Kali ini dia ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksin di PWTC yang merupakan tempat vaksinasi terbesar di dalam negara. Tugas Dr Say adalah sebagai doktor yang memberi penerangan kepada para penerima vaksin dan tapis jika ada golongan yang mempunyai penyakit atau alahan yang memerlukan surat kebenaran pakar sebelum menerima vaksin.
Kata Dr say ini juga adalah pengalaman yang membuka mata untuknya. Melihat kepada jumlah rakyat yang datang ke pusat vaksin hari ini tidak kira bangsa dan umur jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia komited dalam membendung penularan virus membunuh ini dari terus-terusan mengganas.
Dr Say menambah bahawa antara pengalaman yang paling berharga dan membuatnya terharu adalah apabila dia berjumpa dengan seorang wanita dalam lingkungan umur 60-an. Wanita itu mendatangi Dr Say lalu terus menegurnya “Dr Say ke ni?”, memang terkejut betul Dr Say ketika itu.
View this post on Instagram
Katanya, dia langsung tidak menyangka seseorang yang berusia dalam lingkungan umur 60-an mengenalinya. Tambah pula ketika itu dia memakai pelitup muka. Di akhir kapsyennya, Dr Say berkata bahawa ia adalah dua hari yang menyeronokkan kerana dapat membantu dan bertemu ramai orang.
Menerusi ruangan balas posting tersebut, anak kepada wanita tersebut dilihat memberikan komen. Dia berkata bahawa ibunya sangat teruja kerana dapat bertemu dengan Dr Say malah tak henti-henti menceritakan detik tersebut serta menghantar gambarnya bersama dengan doktor selebriti itu di dalam ‘group family’ di Whatsapp.

Bukan itu sahaja, rupa-rupanya ramai warga emas dalam lingkungan umur 60-an ke 80-an mengenali Dr Say. Ternyata Dr Say ni terkenal bukan sahaja dalam golongan muda tetapi pelbagai golongan kenal dengan Dr Say. Ada yang berkata mereka suka dengan cara penyampaian Dr Say di televisyen dan juga di media sosial kerana jelas dan mudah difahami buat warga emas seperti mereka.
Patutlah Dr Say terharu sangat. Apa pun kita doakan semoga tugas sukarelawan Dr Say di Pusat Pemberian Vaksin berjalan lancar.
Baca juga: Imegresen Jawab Kekecewaan Hafizh Syahrin Gagal “Terbangkan” Isteri Ke Eropah
Sumber: Dr Say