Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Secara Tak Langsung, Rosakkan Mata Korang.. Bella Minta Maaf” – Nabila Razali Jawab Isu Tudung Singkat

today7 June 2021

Background

Nama penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali pasti dingati dengan persembahannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke35. Walaupun Nabila Razali atau lebih mesra dipanggil Bella itu terkucil di semasa mempersembahkan lagunya, Peluang Kedua, namun dua tetap terus kuatkan diri beri persembahan yang terbaik dan semampunya. Hal ini membuatkan ramai netizen memuji semangatnya itu untuk kekal berdiri.

Baru-baru ini, nama Bella sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dikritik berkaitan pakaian yang agak ketat dan mengenakan gaya tudung singkat. Gambar tersebut telah menerima beberapa lontaran komen yang tidak berapa sedap dibaca olehnya. Tidak cepat melatah, Bella telah membalas kritikan netizen tersebut dan telah tampil memohon maaf.

Artikel menarik yang lain: “Another Level of IG Story” – Nabila Razali Raih Perhatian Wargamaya

“Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal istiqomah, ” ujar Bella.

Bella turut sempat menyatakan bahawa selepas ini dia akan lebih berhati-hati dari segi penampilannya sebagai seorang muslimah. Bella juga meminta peminatnya dan orang ramai mendoakan dirinya untuk terus kekal istiqomah dan agar dirinya terus dalam keadaan beringat.

Isu tudung Bella bukan sahaja mengenai gaya yang singkat malah ada juga yang menegur bahawa Bella sepatutnya menggayakan tudungnya dengan daya yang lebih muslimah dan Bella juga tidak seharusnya memakai kain yang menyerupai warna kulit pada bahagian dadanya. Pengikutnya juga sempat meninggalkan komen Bella lihat lebih cantik menggayakan tudung yang sebelum ini digayakan malah ada juga yang menyatakan orang yang sudah cantik tidak perlu gaya yang keterlaluan untuk kekal cantik.

Baca juga: “Stop Cyber Bully..” Haqiem Rusli Minta Warganet Hentikan Buli Siber Untuk Nabila Razali?

Sumber: mStar

Written by: Adinna


Previous post