Zaman sekarang ni kalau dilihat ramai ibu bapa yang berebut-berebut mahukan anak mereka menjadi anak yang pintar. Tidak ada salahnya kita nak anak kita pandai, malah ia sudah menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak cemerlang dalam pelajaran. Namun, di sebalik harapan ibu bapa yang mahu melihat anak mereka cepat-cepat jadi pandai walaupun masih berusia satu tahun, ada yang tidak bersetuju dengan cara ini.
Kalau ikutkan silabus early childhood education tak perlu pun ajar budak 5 tahun menghafal and it’s not indicative of a good ‘parenting skills’. Budak2 camtu patut banyak kena sun, connect dengan nature, kurang terdedah pada tech, belajar melalui bernain dan tidur awal.
— Indefinite Hiatus (@santeira) June 8, 2021
Di Twitter, tular mengenai isu ibu bapa yang mahu anak mereka pandai segera dengan beri mereka menghafal sifir dan membaca seawal umur empat atau lima tahun. Selain itu, tular juga isu pemberian supplements buat kanak-kanak bawah lima tahun bagi membantu pertumbuhan mental mereka. Semua ini adalah semata-mata untuk anak-anak pandai dalam usia yang masih awal.
Disebabkan itu, wargamaya bersuara dan menyatakan early childhood education tidak semestinya memerlukan anak seawal lima tahun menghafal. Sekiranya ibu bapa melakukan perkara itu, ia tidak menandakan satu parenting skill yang baik. Apa yang kanak-kanak perlu buat pada usia sebelum 5 tahun adalah bermain dan berinteraksi.

Sementara itu, satu tangkap layar memaparkan seorang wargamaya menyatakan bayinya lebih pintar daripada bayi seusia yang lain selepas mengamalkan pengambilan supplement yang dipasarkan oleh pelakon Hanis Zalikha. Rata-rata wargamaya tidak setuju dengan kenyataan itu dan merasakan bayi tidak seharusnya lebih pintar daripada bayi yang lain.
Gila babi, baby pon boleh ada more clever than others. They’re baby kot. Ko expect buat add math ke??? https://t.co/D3HfDYqFeR
— tukang karrut (@sinach_z) June 8, 2021
Bagaimanapun, perbandingan tentang ‘anak’ siapa lebih pandai tidak sepatutnya berlaku. Setiap kanak-kanak mempunyai tempoh yang berbeza untuk perkembangan mereka. Apa-apa pun, ibu bapa perlu lebih enjoy dan tidak stress dalam membantu perkembangan anak.