Gelagat anak bongsu Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi mencuri perhatian wargamaya di Instagram. Memang ada saja yang dilakukan oleh Aaisyah sehingga buat ramai yang terhibur. Kalau sebelum ini dengan video dia buat kerja kira-kira matematik menggunakan ‘otak’, kali ini video dia memakai fesyen ciptaan sendiri untuk pergi ke disko pula jadi perhatian.
Mungkin mendapat bakat untuk berfesyen itu dari ibunya yang juga merupakan model satu ketika dahulu, fesyen Aaisyah mendapat pujian ramai kerana dilihat kreatif. Apa yang uniknya, baju yang dipakai Aaisyah itu bukanlah sepasang baju, tetapi merupakan sehelai seluar yang dijadikan baju. Memang kreatif!
View this post on Instagram
Sambil menggayakan bajunya itu, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta berseloroh dengan anaknya itu yang kelihatan seperti ingin ke disko. Bagaimanapun Aaisyah yang licik menjawab dia memang mahu ke disko dan akan diambil oleh teman lelakinya. Memang lucu gurauan Aaisyah sehingga buatkan para pengikut di Instagram terhibur.

Rata-rata memuji bakat berfesyen Aaisyah yang dikatakan menurun daripada Che Ta. Selain itu, tidak kurang juga ada yang menyatakan wajah Aaisyah ada sedikit iras dengan pelakon Juliana Evans. Apa-apa pun, memang kreatif Aaisyah buat fesyen sendiri dengan menggunakan seluar tidurnya untuk dijadikan dress sampaikan ramai yang tak perasan pada awalnya.
Baca juga: Risau Hubungan Tak Direstui, Lelaki Nekad Sorok Kekasih Dalam Bilik Selama 11 Tahun!