Sejak wabak pandemik Covid-19 melanda dunia, kita tak putus-putus menerima berita tentangnya. Selama dua tahun ini memang ramai yang telah dijangkiti virus berbahaya ini. Terbaru, Bunga Citra Lestari pula disahkan positif Covid-19.
Baca juga: Rina Harun Cadang Pakaikan “Barcode” Pada Bayi Baru Lahir Untuk Elak Tertukar
BCL memberitahu berita ini kepada umum melalui akaun Instagramnya. Kata BCL menerusi posting itu, dia telah membuat ujian swab Corona Virus dan keputusannya adalah positif. Dia kini sedang melakukan kuaratin kendiri dan sempat menasihatkan orang ramai supaya kekal mengambil langkah keselamatan dan kesihatan.
View this post on Instagram
BCL turut merayu kepada orang di luar sana supaya jaga diri demi orang yang tersayang dan ambillah perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Di akhir postingnya, BCL sempat berkata “I’ll see you soon”. Mungkin sebagai tanda untuk berehat seketika dari dunia alam maya dan fokus kepada diri.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang menuduh bahawa BCL dijangkiti Covid-19 kerana sering keluar berjalan-jalan dan dia tidak memakai pelitup muka. Ada juga yang mengaitkan percutiannya di Bali dengan jangkitan ini. Sebelum ini nama BCL dipetik kerana berkongsikan gambar berbikini di Bali. Ramai yang tidak suka dengan penampilan tersebut sehingga ia menjadi bahan bualan.

Namun, itu hanyalah tuduhan daripada netizen yang hanya melihat perkongsian BCL di media sosial. Ianya mungkin bukanlah seperti yang netizen katakan. Jika dilihat, ruangan balas posting itu dihujani dengan banyak kata-kata semangat dan doa daripada rakan artis serta peminat-peminat BCL.

Ramai yang risau dengan kondisi BCL namun percaya bahawa dia adalah seorang wanita yang kuat. Rata-rata tak sabar menunggu BCL kembali aktif dan negatif dari jangkitan Covid-19. Apa pun kita doakan BCL cepat sembuh daripada penyakit ini.
Sumber: BCL