Sudah 2 tahun kita berlawan dengan virus Covid-19, namun kita masih belum ‘menang’ dan bebas lagi dari serangan wabak pandemik ini. Seringkali kita dengar berita tentang mereka yang dijangkiti virus membunuh ini, tidak kiralah rakyat biasa, golongan tua, muda ataupun artis semuanya berpotensi dijangkiti.
Baca juga: BCL Positif Covid-19, Dituduh “Asyik Berjalan” Punca Dijangkiti
Terbaharu, keluarga penyanyi terkenal, Datin Alyah pula dikhabarkan terkena jangkitan Covid-19. Isteri kepada Datuk Ramli MS ini ada memuatnaik satu perkongsian menerusi laman Instagramnya mengenai keadaan anak saudaranya yang terkena jangkitan penularan wabak Covid-19.
View this post on Instagram
Menurut Alyah, anak saudaranya yang bernama Siti Nazirah kini berada dalam keadaan di mana dia terpaksa ditidurkan. Hal ini adalah kerana, dia mempunyai kesukaran untuk bernafas oleh itu pakar perubatan yang memberikan rawatan menasihatkan supaya Nazirah ditidurkan buat sementara waktu. Apa yang lebih membimbangkan, kini seluruh keluarga Siti Nazirah turut dijangkiti Covid-19.

Menerusi penulisan Alyah, anak saudaranya itu dikenal pasti dijangkiti dari sebuah kilang di Gelang Patah, Johor, di mana Siti Nazirah dan keluarganya menjalankan perniagaan di sana. Mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut.
Walaupun demikian, kilang yang menyebabkan jangkitan itu kini masih beroperasi. Hal ini menimbulkan rasa amarah segelintir wargamaya. Mereka meminta supaya hal ini diadukan kepada pihak berkuasa kerana kilang itu telah menjadi tempat penularan Covid-19.
Dalam ruangan Instagram story, Alyah memaklumkan bahawa anak saudaranya kini menerima rawatan di hospital dan Alyah sempat berhubung dengan Siti Nazirah sebelum dia ditidurkan. Terdapat juga video yang memaparkan situasi dimana frontliners membawa keluarga itu menaiki ambulans untuk ke hospital.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan kesembuhan buat seluruh keluarga Alyah. Kami juga doakan agar semuanya dipermudahkan dan semoga Alyah dan keluarga sentiasa dilindungi.
Baca juga: “Terima Kasih Azhan Rani Menjadi Punca Kebencian” – Shahrulezad Pengarah Drama Nur
Sumber: Alyah