Memang pelbagai telatah yang kita lihat dari seorang sosok yang dikenali di seluruh Malaysia ini. Selain pandai berniaga dalam mengusahakan pelbagai produk kecantikan, Dato’ Sri Aliff Syukri juga sering menghiburkan orang ramai di ruangan media sosialnya. Walaupun menerima pelbagai komen yang negatif mahupun positif, beliau tidak pernah berputus asa. Bidang nyanyian sudah, lakonan juga sudah. Kini tiba masanya untuk beralih ke bidang hiburan alaf baharu.
Selepas berusaha menjadi penyanyi nombor 1 Malaysia, kini Aliff mencuba nasib pula untuk menjadi seorang ‘TikToker’ berjaya. Memang tidak pernah berhenti menghiburkan orang. Dalam hantaran terbaharunya di Instagram, Aliff menyatakan dia berusaha melakukan latihan untuk menghasilkan video TikTok. Katanya, 10 kali melakukan latihan untuk video tersebut.
View this post on Instagram
“Saya baru belajar main TikTok, tolong sokong okay,” katanya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, komen yang diberikan oleh pelakon Zizan Razak paling mendapat perhatian ramai. Dalam komen tersebut Zizan seperti memberi nasihat kepada Aliff agar mengenakan seluar dalam yang lebih ketat sekiranya ingin menghasilkan video seperti itu lagi.

“Saya harap Dato’ pakai seluar dalam ketat sikit lepas ni kalau ada nak buat video macam ni lagi,” tulis Zizan sambil melampirkan emoji berbentuk hati.

Selain Zizan, rata-rata pengikut Aliff di Instagram terhibur dengan gaya tarian Aliff. Tidak kering gusi dibuatnya. Dalam pada itu, ada juga yang perasan bahawa Aliff kelihatan semakin kurus dan menyatakan kerisauan terhadap bentuk fizikalnya. Harap Dato’ Sri Aliff Syukri baik-baik sahaja sepanjang total lockdown ini dan terus lakukan aktiviti yang boleh mengembirakan hati.
Baca juga: “Dalam Perut Tu Ada Makanan” – Nafi Ada ‘Baby Bump’, Ernie Minta Doa Dikurniakan Zuriat