Bagi sesiapa yang pernah ke hospital atau klinik mesti anda dah biasa dengan proses menunggu untuk ambil ubat di kaunter farmasi selepas berjumpa dengan doktor. Apabila perlu tunggu lama sedikit untuk mendapatkan ubat, kebanyakkan orang suka merungut dan marah-marah. Di depannya mungkin nampak tenang namun, tak semua orang tahu apa sebenarnya yang berlaku di belakang kaunter farmasi tersebut. Seorang ahli farmasi menjelaskan proses yang perlu dilaksanakan sebelum ubat sampai ke tangan pesakit.
Ahli farmasi yang juga merupakan pengguna Twitter yang bernama Nazariah Khairiyyah baru-baru ini membuat satu bebenang yang sedikit sebanyak membuka mata ramai. Kata Nazariah, banyak perkara perlu diteliti dan difailkan sebelum ubat diberikan kepada pesakit untuk mengelakkan “Potential Medication Error” iaitu satu situasi di mana pesakit menerima ubat yang salah.
True facts yang korg tak nampak bila berada di kaunter farmasi klinik.
Alah,bagi ubat je susah sangat ke.-rooling eyes-Oh no no no no.
Depan tenang,belakang ribut tau
Ini thread— Nazariah khairiyyah (@Nazariahkhairi1) June 15, 2021
Baca juga: “Secara Faktanya Dia Telah Meninggal Dunia” – Eriksen Rebah Secara Tiba-Tiba Kerana Cardiac Arrest
Semestinya itu adalah perkara yang perlu dielakkan. Pemberian salah ubat kepada pesakit boleh mendatangkan bermacam-macam jenis bahaya. Banyak kejadian ngeri boleh berlaku jika ini terjadi. Silap-silap nyawa orang pun boleh melayang jika salah berikan ubat.
Screening Phase
Proses pertama di kaunter farmasi adalah “Screening Phase”. Di sini ahli farmasi akan bertanyakan nama dan ada juga yang akan bertanyakan beberapa data peribadi yang lain seperti tarikh lahir. Proses ini adalah perlu kerana tidak mahu identiti pesakit tertukar dan pastinya pihak perubatan tidak boleh memberikan ubat kepada mereka yang menyalahgunakan identiti. Walaupun jelas sudah tertulis nama di surat perubatan daripada doktor namun, proses ini dianggap perlu sebagai langkah berjaga-jaga.

Filling and Transcribing
Proses kedua pula adalah “Filling and Transcribing”. Kata Nazariah di sinilah waktu yang paling penting kerana mereka perlu merekodkan segala data yang diterima dan masa yang mereka ada cuma kurang daripada 30 minit. Hal ini adalah kerana jika masa melebihi, pasti akan ada yang merungut dan berkata ahli farmasi lambat membuat kerja sedangkan apa yang terjadi tidaklah begitu.
Tentunya nak mengisi data memerlukan sedikit masa kerana kerja ini perlu dilakukan dengan sangat teliti. Beberapa masalah yang selalu terjadi di peringkat ini adalah pemberian dos dan frekuensi ubat yang salah kepada pesakit. Sesetengah ubat pula perlukan cop daripada doktor pakar dan ini akan mengambil masa untuk diproses. Malah, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang perlu diambil kira sebelum ubat boleh diberikan contohnya kesesuaian sesuatu ubat buat diri individu.

Dispensing Phase
Proses yang yang terakhir adalah “Dispensing Phase” iaitu ubat diberikan kepada pesakit. Namun, ia tidak boleh diberikan begitu sahaja. Di sini sekali lagi ahli farmasi akan bertanyakan nama pesakit. Kemudian, mereka akan jelaskan satu persatu tentang pengambilan ubat dan kesam sampingan ubat tersebut. Bagi yang sudah biasa mengambil ubat, mereka mungkin bosan mendengar ia diulang berkali-kali namun proses ini perlu kerana dos atau jenama ubat yang diberikan mungkin berbeza dengan yang pernah diambil jadi pesakit perlu tahu perincian ubat tersebut.

Nazariah menerusi postingnya sempat menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak biadap sepanjang proses ini dijalankan. Dia tahu perasaan orang yang sedang sakit lagi-lagi bila perlu menunggu lama pastinya tak selesa. Namun, proses yang dilakukan adalah perlu bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku di masa hadapan. Selain itu, dia ada juga berpesan supaya tidak membuang ubat-ubatan sekiranya tarikh belum luput. Sayang jika ianya dibuang kerana ianya bukan murah dan tidak mudah untuk mendapatkan ubat.

Banyak ilmu yang dapat kita peroleh daripada perkongsian ahli farmasi ini. Selama ini kita tidak tahu “ribut” yang berlaku di belakang kaunter farmasi. Kini kita dah tahu, jadi lepas ni kita perlu banyak amalkan sikap bersabar ya. Apa pun tahniah kita ucapkan buat ahli-ahli farmasi di negara ini. Anda memang insan yang hebat!
Baca juga: [VIDEO] “Minum Air!” Tindakan Cristiano Ronaldo Saran Orang Ramai Minum Air ‘Putih’ Tular
Sumber: Twitter Nazariah Khairiyyah