Orang kata setiap insan dalam dunia ini mempunyai tujuh pelanduk dua serupa yang seakan memiliki wajah sama atau lebih kurang dengan kita. Persoalannya bila dan di mana dapat berjumpa itu tiada siapa yang boleh menjawab. Namun, ramai dalam kalangan selebriti yang berjumpa wajah yang seakan sama dengan selebriti lain atau orang lain contohnya seperti pelakon hebat Nora Danish yang dikatakan sama dengan pelakon Korea terkenal, Song Ji Hyo. Seronok sebenarnya apabila ada ‘kembar’ ni walaupun tidak ada pertalian darah.
Terbaru, pelakon dan pengacara terkemuka tanah air, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau lebih mesra dengan panggilan nama pentasnya Sherry Alhadad dikatakan memiliki figura yang sama dengan artis kelahiran baharu, Cik B iaitu anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV). Sherry memuat naik sebuah gambar throwback yang mencuit hati orang ramai dengan gaya posingnya itu yang diambil semasa dia memegang watak dalam teater Mak Yong di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Baca juga: Digelar Hanis Zalikha Versi Kulit Gelap, Gadis TikTok Tampil Luahkan Rasa Kecewa
Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata daripada pengikut Sherry berkata sekilas pandang mereka ingat Cik B dalam gambar itu dan bukanya Sherry. Lebih menghiburkan apabila DSV turut meninggalkan komen yang seolah-olah bersetuju dengan pendapat netizen mengenai wajah Sherry yang seperti Cik B itu. Gaya DSV komen tu macam dia tengah memanggil Sherry seperti mana dia panggil Cik B, aduh terngiang-ngiang pula suara nyaringnya itu! Hihihi..



Tidak dinafikan pengacara hebat yang sering menghiasai kaca televisyen ini berjaya menambat hati peminatnya kerana memiliki perwatakan yang kelakar, bersahaja, mempunyai gaya yang sangat versatil, serta menghiburkan orang ramai sehingga kering gusi dengan gelagat spontannya itu. Malah, penampilan Sherry juga sering menjadi tumpuan netizen yang teruja melihat perubahan fizikal badan Sherry yang semakin mengecil berbanding sebelumnya. Wah, bestnya! Teruskan bersemangat Sherry!
View this post on Instagram
Seronok juga kalau dapat tengok Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amindan Sherry berganding sama dalam satu program kan? Apa-apa pun ini semua hanyalah gurauan semata-mata yang mencuit hati peminat dan rakan selebriti Sherry menerusi posting terbarunya itu. Haa, siapa lagi artis dalam Malaysia ini yang memiliki wajah seakan sama dengan artis lain?
Baca juga: “Macam Kembar” – Terima Pujian Lakonan Mantap, Ramai Kata Wajah Puteri Liyana Dan Amyra Rosli Seiras
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Sherry Alhadad