Sebelum ini kecoh apabila artis negara seberang, Bunga Citra Lestari disahkan positif Covid-19. BCL terdahulu berkongsikan berita ini di laman Instagramnya namun dia tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana dia boleh dijangkiti virus berbahaya ini. Dia dituduh terkena jangkitan tersebut selepas pulang dari percutiannya di Bali. Malah ada juga yang membuat andaian sendiri bahawa dia asyik berhibur dan tidak memakai pelitup muka di luar.
Terbaru, BCL menjelaskan di laman sosialnya bahawa dia bukan dijangkiti di Bali tetapi dia telah dijangkiti Covid-19 daripada beberapa orang penarinya yang disahkan positif. BCL secara terperinci menceritakan apa yang terjadi. Katanya, dia pergi bercuti di Bali pada 29 Mei sehingga 2 Jun. Apabila pulang ke Jakarta dia mula terus bekerja dan dia juga sudah menjalankan tanggungjawab mengambil ujian swab dan ternyata ujiannya negatif.
Baca juga: BCL Positif Covid-19, Dituduh “Asyik Berjalan” Punca Dijangkiti
Namun pada 13 Jun beberapa orang penarinya disahkan positif Covid-19. Oleh kerana BCL ada bertemu dengan mereka pada 10 Jun, dia lakukan semula ujian swab dan disahkan positif. Kini, BCL melakukan isolasi kendiri di tempatnya sehingga dia pulih semula.
View this post on Instagram
Kecewa kerana difitnah, BCL berpesan kepada semua pihak supaya semak dahulu maklumat dan pastikan ianya tepat sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Siapa sahaja yang tidak kecewa jika diperlakukan begitu kan? Lagi-lagi namanya dikenali, sedikit sebanyak tercalar nama BCL gara-gara kenyataan yang tidak tepat. BCL turut mengajak semua pihak untuk menjadi lebih bijak dan sebarkan cinta bukannya kebencian.
Sebelum ini, BCL ada berkongsikan gambarnya sedang melakukan kuarantin kendiri. Katanya itu adalah hari ketiga dia mengisolasikan dirinya dan setakat ini dia akui ada alami beberapa simtom seperti batuk, nafas terasa pendek dan demam namun, BCL tetap semangat dan yakin dia akan sihat seperti sedia kala. Menerusi foto yang dikongsikan, BCL nampak begitu “vogue” dan cantik walaupun sedang dalam proses kuarantin. Ada rakan artis yang berkata BCL meletakkan satu ‘standard‘ baharu buat pesakit Covid-19 yang sedang kurantin kendiri.
View this post on Instagram
Sakit-sakit pun BCL masih sangat positif tau. Apa pun kita doakan agar BCL diberi kesembuhan segera dan dapat kembali bekerja.
Baca juga: “Beauty, Brain And Attitude..” – Tahu Hargai Guru, Wargamaya Puji Gadis Ini Memang Layak Dapat 9A
Sumber: BCL