Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Terima Kasih Neelofa Atas Hadiah Yang Sangat Mengembirakan Ini..” – Elyana

today18 June 2021

Background

Umum tahu, penyanyi Elyana kini sedang menjalani rawatan radioterapi sebagai satu cara melawan penyakit kanser limfoma tahap lima yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu. Menerusi perkongsiannya di Instagram Elyana, Elyana sempat berkongsi hadiah yang diterima olehnya daripada selebriti popular, Neelofa. Dalam hantaran tersebut, terpancar wajah kegembiraannya semasa meluahkan rasa terharu selepas menerima kejutan berupa tudung jenama Naelofar.

Menurut Elyana, dia yang hanya membawa sehelai tudung sahaja untuk digunakan sepanjang di hospital kini mempunyai koleksi tudung yang baru untuk digayakan semasa menjalani rawatan radioterapinya. Tambah Elyana, ini merupakan satu rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Saya hari ini gembira sangat. Ceritanya, saya memang bawa satu tudung sahaja sebelum ini, tiba-tiba Neelofa beri saya banyak tudung. Memang rezeki.

“Terima kasih Neelofa. Semoga awak murah rezeki dan bahagia selalu,” -Elyana.

Artikel menarik lain: Throwback Gambar Lama, Ramai Kata Sherry Alhadad Kembar Cik B Sekali Imbas!

Berulang kali dalam video tersebut, Elyana mengucapkan terima kasih kepada Neelofa kerana membuatkan dirinya berasa sangat gembira dan Elyana juga sempat mendoakan Neelofa dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu bersama insan tersayang. Di penghujung video, Elyana menggayakan salah satu tudung baru yang diterimanya itu.

Sementara itu, Neelofa menerusi InstaStorynya turut berkongsi video Elyana sambil meluahkan rasa terharu dan menyatakan dirinya sangat kagum dengan semangat Elyana untuk terus kuat melawan penyakit yang dihidapinya. Neelofa juga sempat memuji Elyana yang masih mampu tersenyum walaupun sedang sakit.

“Masya-Allah, saya pula hendak menangis tengok video ini.

“Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria walaupun dalam kesakitan. Moga Allah SWT kurniakan kesembuhan untuk awak,” -Neelofa.

Neelofa menerusi perkongsian di Instastorynya turut mendoakan agar Elyana segera sembuh daripada penderitaan sakitnya itu. Semoga murah rezeki Neelofa dan terus bekongsi rezekinya untuk menggembirakan orang yang memerlukan.

Baca juga: Hidap ‘Down Syndrome’ Bukan Penghalang Gadis Ini Hafal 30 Juzuk Al-Quran

Sumber: Kosmo

Written by: Adinna


Previous post