Sekarang ni tengah musim bola, jadi ramailah kaum-kaum lelaki yang sibuk menonton bola di rumah. Bukan setakat yang dewasa, yang kanak-kanak pun turut sama menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. Biasalah Piala Eropah ni bolehlah masing-masing tengok player kegemaran dari negara masing-masing beraksi di padang. Antara gelagat menonton bola yang mencuri hati wargamaya adalah gelagat kedua-dua anak lelaki pelakon Rita Rudaini.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Rita, dapat dilihat bagaimana kedua-dua anaknya itu seronok menonton bola Piala Eropah. Namun, si adik kelihatan sedikit kecewa apabila gawang gol pasukan kegemarannya lolos. Bagaimanapun, si abang yang baru meraikan gol tersebut dengan pantas memujuk adiknya dengan mengatakan perlawanan baru je bermula.
Tindakan abang mendapat pujian daripada wargamaya dengan rata-rata menyatakan bagus bila abang dapat pujuk adik macam tu. Sementara itu, wargamaya lain turut memuji Rita kerana telah mendidik dan membesarkan anak-anaknya dengan baik, walaupun tanpa sosok seorang ayah di rumah.

Gelagat Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menonton bola ternyata mencuri perhatian ramai. Memang comel melihat dua beradik tersebut menonton bola bersama-sama. Mereka berdua juga kelihatan seperti anak bujang yang sudah besar. Walaupun kenyataan yang ‘membesar tanpa ayah di sisi’ diberikan di ruangan komen, namun ramai tetap mendoakan yang baik-baik buat Rita dan anak-anak.