Sejak wabak pandemik Covid-19 muncul dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, banyak majlis terpaksa ditangguh demi mengekang penularan virus ini yang semakin lama semakin mengganas. Antara yang terkesan adalah mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Ada yang terpaksa berkali-kali menangguhkan majlis merisik, bertunang dan akad nikah dalam situasi kini yang tidak boleh dijangka.
Baca juga: Warganet Teruja Taman Buaya & Rekreasi Melaka Tawar Lawatan Secara Maya
Baru-baru ini tindakan Erma Fatima melakukan majlis merisik anak lelaki sulungnya melalui Zoom iaitu satu aplikasi video yang menggunakan platform online telah mendapat pujian ramai. Melalui sedikit suntingan video yang dikongsikan Erma di laman Instagramnya, dapat dilihat walaupun majlis tersebut berlaku secara alam maya namun ianya dilakukan dengan penuh santun dan adab.
View this post on Instagram
Dari bait kata yang dilontarkan Erma pun dapat rasa betapa mereka sangat menjaga adab dalam ingin menyunting bunga di taman. Kata Erma dia kesal kerana terpaksa melakukan majlis merisik ini secara alam maya namun dia tidak mahu melengahkan lagi perkara yang baik. Walaupun tidak ke rumah bakal besan secara fizikal, Erma tetap mengekalkan tradisi dengan memberikan cincin yang diletak elok di dalam bekas.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memuji majlis merisik yang diadakan Erma. Mereka kagum melihat ia berlangsung dengan penuh adab walaupun kedua-dua ahli keluarga tidak dapat bersemuka secara fizikal. Ramai yang suka melihat video yang dikongsikan. Tak kurang juga mereka menjadikannya sebagai contoh di masa hadapan.

Menerusi posting Erma yang terdahulu, Erma ada berkata bahawa majlis merisik online ini ada kekurangannya di mana talian jaringan Internet lambat menyebabkan komunikasi antara kedua-dua belah pihak asyik tersekat. Ini sedikit sebanyak agak memberikan tekanan namun kata Erma mereka berjaya selesaikan majlis dengan kedua-dua pihak menemui kata putus. Erma nampak gembira betul nak dapat menantu.
View this post on Instagram
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Erma Fatima sekeluarga. Semoga langkah dan persiapan yang bakal diambil seterusnya dipermudahkan.
Baca juga: “Everyone Is Beautiful In Their Own Way” – Rakan Artis Sokong Mesej Yang Disampaikan Nabila Huda
Sumber: Erma Fatima