Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kongsi Kisah Anak-anak Angkat, Uncle Kentang Bangga Menjadi Ayah Mereka Meskipun Tiada Pertalian Darah

today21 June 2021

Background

Rakyat Malaysia sebenarnya sangat beruntung kerana memiliki insan-insan hebat yang gemar memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira agama, bangsa, jantina mahupun kaum. Siapa yang tidak kenal dua figura hebat bernama Ustaz Ebit Lew dan Uncle Kentang yang seolah-olah sering mengeringkan tangisan dan air mata rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan. Baru-baru ini, perkongsian mengenai anak-anak angkat Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng bersempena Hari Bapa sangat menyayat hati pengikutnya di Facebook.

“Jadi Ayah Kepada Semua”, itulah slogan yang seakan menjadi penguat semangat buat Uncle Kentang untuk terus berjuang meneruskan misinya dalam membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Meskipun bukan darah daging sendiri, namun hati murni Uncle Kentang ini tidak disangkal lagi sangat ikhlas dalam mengambil berat terhadap mereka yang dalam diam telah dianggap seperti anak angkat, malah mereka juga telah memberi gelaran kepada Uncle Kentang dengan panggilan ‘Ayah’.

Baca juga: Ustaz Ebit Lew Beli 100 Tab Hadiahkan Pada Pelajar Memerlukan Kelas Online

Jelas terbukti niat murninya bukanlah sekadar menyalurkan bantuan semata-mata, sebaliknya Uncle Kentang turut menjalin ikatan silaturrahim dengan golongan yang dibantu. Antara kisah anak-anak angkat yang dikongsikan oleh beliau adalah mengenai  seorang anak perempuan bernama Manja yang berdepan dengan kisah pahit apabila bapanya di bunuh ketika dia hanya berusia 4 tahun. Menurut Uncle Kentang, sejak kecil lagi Manja dijaga dengan baik olehnya sehinggakan Manja minta ihsan untuk memanggil Uncle Kentang sebagai ‘ayah’.

“Selama ini, kita sentiasa melihat Manja membesar. Sehingga satu hari tiba tiba beliau memohon kepada saya untuk memanggil saya ayah. Terkejut dan saya terus menjawab boleh, kerana saya tahu Manja menganggap saya ayah kepada beliau.

“Kerana bila beliau demam, beliau akan rindu pada saya. Bila beliau nak jadi kadet polis, beliau meminta kebenaran dari saya. Bila beliau senang, beliau akan call untuk mendengar suara ayah.

“Manja, ayah akan menjaga mu dan melindungi mu seperti anak sendiri. Maaf ayah tak pandai dalam bab agama, kerana itu ayah tidak dapat memimpin Manja dengan sepenuh nya dan ayah percaya dan yakin, Manja akan sentiasa menjadi anak yang soleh dan juga yang akan membantu keluarga, komuniti dan negara,” luah Uncle Kentang menerusi kapsyen di sebuah posting.

Bukan sahaja Manja, Uncle Kentang turut memberi kasih sayangnya kepada insan istimewa bernama Azizah, yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di mana dia tidak boleh bercakap, pekak, serta tiada tangan dan kaki yang sempurna. Menurut Uncle Kentang, ujian yang dihadapi oleh Azizah ini terlalu berat namun wajah cerianya setiap kali berjumpa dengan Uncle Kentang seolah-olah tidak mempunyai sebarang musibah kerana sering tampak ceria dan tak lekang senyuman. Tambah Uncle Kentang, segala penat lelah yang dilalui terus lesap begitu sahaja setiap kali berjumpa Azizah.

“Azizah, tak boleh cakap, pekak dan tiada tangan atau kaki sempurna. Tetapi beliau tetap mempunyai senyuman yang boleh membawa kegembiraan kepada kepenatan saya, sehingga penat lelah saya akan hilang begitu sahaja, setiap kali saya bertemu dengan beliau.

“Kita telah ubah hidup Azizah. Kita bantu. Zakat Bantu. JKM bantu. Kerana kita tahu Azizah adalah anak kita bukan anak orang lain. Azizah senyuman beliau membawa erti bermakna dalam hidup kita,” ujar Uncle Kentang meluahkan ceritanya.

Bagaimanapun, perjuangan murni yang dilakukan Uncle Kentang ini sememangnya tidak dinafikan wajar diberi penghormatan. Uncle Kentang bukan sahaja memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan, malah insan hebat ini turut menyediakan perkhidmatan keperluan awam seperti teksi 10 sen, ambulans serta van jenazah RM1. Maka tidak hairan lah jika Uncle Kentang wajar untuk menerima anugerah ‘Point of Light’ daripada Ratu Elizabeth II atas kerja-kerja amal kepada masyarakat yang dilakukannya sebelum ini.

Baca juga:“Saya tak kan nak bawa mereka beli bra dan panties..” – Uncle Kentang Lancar Projek Bantu Anak Gadis Yang Memerlukan

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Facebook Uncle Kentang 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

‘Jangan berkompromi dengan Israel’

KUALA LUMPUR: Malaysia, Indonesia dan Brunei perlu terus konsisten dan tidak berkompromi dengan rejim Zionis walaupun rejim terbabit mahu menjalin hubungan dengan tiga negara Islam di Asia Tenggara ini bagi memperbetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

today21 June 2021