Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Hati Anak-Anak Perlu Dijaga” – Bersara Pada 50 Tahun, Rita Rudaini Mahu Hantar Anak Sekolah Tahfiz

today22 June 2021

Background

Tidak dinafikan setiap individu pasti akan meletakkan titik noktah dalam dunia pekerjaan saat usia mereka memasuki 50 tahun dan ke atas, setelah sekian lama menghempas pulas demi mencari rezeki yang halal buat keluarga tersayang. Baru-baru ini, pelakon hebat yang terkenal dengan filem Mami Jarum Junior, Rita Rudaini meluahkan hasrat hatinya bahawa dia akan bersara daripada dunia lakonan pada usia mencecah 50 tahun.

Setelah berkecimpung semenjak tahun 1997 dan berjaya menempah nama dalam industri seni hiburan, Rita berkata titik noktah dalam dunia lakonannya itu bukan kerana bimbang tidak laku atau populariti menjunam saat usia mencecah golongan emas, sebaliknya Rita mahu menjaga hati dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada dua hero dalam hidupnya, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang bakal dihantar mengikuti pengajian tahfiz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Baca juga: “Hebatnya Semua Benda Dia Pandai Buat” – Siapkan Surau Secara DIY, Netizen Kagum Kegigihan Rita Rudaini

Menurut aktres jelita itu, Rita memaklumkan dia tidak mahu selamanya bergelar pelakon dek kerana mahu menghabiskan masa di rumah dengan mempelajari ilmu agama bersama anak-anaknya. Tambah Rita, keputusan berat yang dimaklumkan itu bertujuan untuk menjaga hati kedua anaknya yang akan meneruskan pengajian di pusat tahfiz kelak. Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu meluahkan isi hatinya yang tidak mahu dua insan teristimewa dalam kehidupannya melihat Rita gigih berlakon pada ketika itu.

“Saya hanya mempunyai tempoh antara tiga hingga empat tahun sebelum bersara. Pada usia 50 tahun, saya mahu berhenti bergelar pelakon.

“Saya mahu menghabiskan masa di rumah dengan belajar ilmu agama. Sebenarnya, saya merancang menghantar Rayyan dan Arjuna mengikuti pengajian di sekolah tahfiz,” ujarnya.

Rita mengakui dia amat bersyukur dan menikmati setiap masa yang terluang bersama anak-anak di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku. Tambah Rita yang kini sedang giat mengusahakan perniagaan minyak wangi secara kecil-kecilan berkata, dia tidak terlalu mengharapkan kehidupan yang mewah buat mereka bertiga, malah cukup sekadar dapat menyediakan keperluan harian dan pembelajaran anak-anak demi masa depan mereka yang cerah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Sesungguhnya, menjadi seorang ibu tunggal dan membesarkan dua anak teruna sememangnya tidak mudah. Pelakon hebat ini wajar diberikan penghormatan atas keperibadiannya yang hanya mengutamakan kebahagian dan kesenangan anak-anak, melebihi kepentingan dirinya sendiri. Semoga segala urusannya dipermudahkan olehNya dan semoga Rita terus cekal tabah dalam mengharungi segala liku-liku kehidupan bersama anak-anak tersayang.

Baca juga: “Pandai Abang Pujuk Adik” – Membesar Tanpa ‘Man Firgure’, Netizen Puji Rita Rudaini Pandai Didik Anak

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Tangani kelompok tunggu dan lihat

ZULKIFLI MANZOR,WARTAWAN EKSEKUTIF SETAKAT artikel ini ditulis, seramai 15,248,934 rakyat Malaysia telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19. Satu perkembangan yang baik menandakan tahap kesedaran rakyat kian meningkat, namun bukanlah satu angka yang sudah boleh dianggap memuaskan. Mengikut laporan Jabatan Perangkaan, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 32.75 juta orang pada suku pertama 2021. Bilangan penduduk lelaki berjumlah 16.83 juta dan wanita 15.92 juta. Ini bermakna, terdapat... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 June 2021