Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Penat Dengan Fitnah Digelar Anti-Vaksin, Lufya Kongsikan Bukti Sudah Menerima Vaksin Dos Pertama

today23 June 2021

Background

Sebelum ini tular apabila pengacara  Farah Hanim menuduh dua orang jirannya yang juga merupakan selebriti tanah air iaitu Rita Rudaini dan Lutfya sebagai anti-vaksin. Walaupun dia sudah meminta maaf ke atas kesilapannya itu, namun masih ada yang terus-terusan meletakkan “label” anti-vaksin ke atas dua nama selebriti berkenaan.

Baca juga: Tuduh Rita Rudaini & Lufya Omar Anti Vaksin, Fara Hanim Mengaku Salah, Tampil Minta Maaf Secara Terbuka

Terbaru, Lutfya tampil memberi keterangan di laman Instagramnya. Lutfya berkongsikan tangkap layar MySejahtera yang menunjukkan dia telah pun menerima vaksin dos pertamanya bulan ini dan tarikh bagi vaksin dos kedua akan diterima bulan hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Melalui kapsyennya, Lutfya meluahkan bahawa dia sudah penat kerana asyik dituduh sebagai seorang anti-vaksin walaupun sudah dijelaskan sebelum ini bahawa dia bukanlah seperti yang dituduh. Katanya, masih ramai yang memberikan mesej secara peribadi kepadanya dan menuduhnya dengan bermacam-macam tuduhan.

Lutfya menjelaskan bahawa dia faham apa itu “herd immunity” iaitu keadaan di mana hampir keseluruhan masyarakat sudah mendapatkan perlindungan vaksin dan ini akan mengurangkan kadar kebolehjangkitan. Katanya, dia faham pengambilan vaksin adalah antara cara terbaik terhadap masyarakat dan dia sudah pun menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat.

Oleh itu, dia minta orang ramai supaya hentikan sebarang tuduhan tidak benar tentang dirinya tetapi buatlah sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat. Apa pun kita ucapkan tahniah kepada Lutfya kerana telah mengambil vaksin. Semoga ini akan menjadi motivasi kepada sebilangan rakyat yang lain untuk turut sama mendafatr dan mengambil suntikan vaksin.

Baca juga: “Ini Cara Legend Ambil Vaksin” – Aksi Amy Search Menyanyi Sewaktu Suntik Vaksin Buat Ramai Teruja

 Sumber: Lutfya Omar

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Terkini

RichWorks sasar 10,000 usahawan capai jualan RM1 juta

PETALING JAYA – Sempena ulang tahun ke-13 pada 13 Jun lalu, syarikat keusahawanan, Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks) menggariskan lima sasaran jangka pendek yang ingin dicapainya menjelang tahun 2023. Inisiatif syarikat adalah untuk melahirkan sekurang-kurangnya sejuta usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); membimbing minimum 10,000 usahawan supaya mencapai jumlah jualan tahunan RM1 juta; serta memberi sokongan kepada lebih 1,000 perniagaan untuk... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 June 2021