Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Terkenoo!” – Aedy Ashraf Hilang Macho Buat Posing Gaya ‘Ayu’, Prank Safwan Nazri Mencuit Hati Warganet

today23 June 2021

Background

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, pengacara dan content creator terhebat Safwan Nazri yang kerap memuat naik content berbentuk ‘prank’ kepada rakan artis yang dimuat naik di Instagram miliknya. Baru-baru ini, Safwan mengenakan pelakon pujaan wanita, Aedy Asyraf untuk membuat gaya posing ala-ala wanita yang sangat mencuit hati. Siapa sangka lelaki berbadan sasa dan berwajah tampan itu mudah diprank oleh Safwan yang bijak mengambil peluang keemasan untuk mengenakan rakan baiknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri)

Baca juga: “Sebenarnya Saya Takut..” – Akui Dulu Anti-Vaksin, Aedy Ashraf Akhirnya Suntik Vaksin

Menerusi video yang dimuat naik oleh Safwan, Aedy pada ketika itu sedang bermain bola keranjang didatangi oleh Safwan . Safwan memulakan pranknya dengan menyuruh Aedy untuk mengikut gaya yang disuruh oleh Safwan. Paling menghiburkan apabila Aedy langsung tidak sedar mengenai keadaan itu. Boleh dia ikut saja telunjuk dan kata-kata Safwan tanpa menyedari keadaan sebenar yang sedang berlaku sehingga video tersebut berjaya meraih perhatian orang ramai. Aduhai Aedy, kenapa lawak sangat ni?

Jarang-jarang kita tengok Aedy posing gaya ala-ala perempuan macam ni kan. Yela, selama ni gambar-gambar di Instagram miliknya sering memaparkan gaya yang tampak segak, macho dan amat stylo saja. Malah, dalam lakonan pun Aedy sentiasa memegang watak yang matang dan serius. Kali ini luar biasa betul prank Safwan ya! Boleh dikatakan prank Safwan kali ini paling menambat hati pengikutnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan pengikut Safwan yang turut terhibur dengan prank ini. Malah, rakan-rakan artis turut tidak menyangka prank semudah itu boleh berlaku kepada pelakon hebat pujaan ramai. Rata-rata daripada mereka sangat menyukai video tersebut sehingga berdekah tengok video Aedy kena prank posing ayu dengan Safwan sampai keluar air mata. Ramai dalam kalangan mereka yang memuji Aedy tampak sangat comel dengan posing ayu seperti itu.

Amboi, nakal ya Safwan ni kenakan hero malaya pujaan hati ramai. Apa-apa pun, terima kasih Safwan sebab bagi kita semua lihat sisi ‘lain’ Aedy! Hiks!

Baca juga: “Bukan Senang Nak Tengok Nabila Huda Kena Prank” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Nabila dan Keisha

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Safwan Nazri, Instagram Aedy Ashraf

Written by: Hamka Rosli