Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai peniaga kedai makanan mula mengambil initiatif melakukan urusan perniagaan secara atas talian. Pelanggan boleh pesan sahaja makanan menggunakan aplikasi dan rider akan hantarkan makanan terus ke depan rumah. Namun, bila dah buat secara atas talian ni banyak pula permintaan daripada pelanggan yang buat tukang masak bingung.
Terbaru, seorang tukang masak sebuah kedai makanan tempatan berkongsikan kisah yang serupa di akaun TikTok rasmi kedai berkenaan. Dia menunjukkan pesanan yang dihantar oleh pelanggan melalui aplikasi atas talian. Melalui pesanan tersebut, pelanggan itu telah memesan Nasi Goreng Pataya tetapi sempat menulis nota di bawah tidak mahu telur dan sos.
@the_kabinz_jerantutCan someone tell me how to make nasi goreng pattaya (omelette rice) without the egg? ##fyp ##foryou ##customersbelike ##justforfun♬ Oh No – Kreepa
Ini membuatkan tukang masak berkenaan keliru. Hal ini adalah kerana nasi pataya adalah nasi goreng yang dibalut dengan telur. Jika tiada telur maka ia bukanlah nasi pataya. Selepas mendapat pesanan yang sebegitu, tukang masak tersebut berfikir sejenak dan sanggup tangguhkan pesanan kerana mahu memastikan ia adalah pesanan yang betul.
Menerusi kapsyen video tersebut, dia sempat bertanya “korang tahu tak nak masak nasi pataya tanpa telur?”. Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dan ramai juga yang cuba merungkaikan apa maksud di sebalik pesanan tersebut.


Ada yang berkata mungkin pelanggan berkenaan mahukan nasi goreng cina tetapi tiada di pilihan makanan oleh itu dia tekan sahaja pilihan makanan nasi goreng pataya tetapi minta supaya tiada telur. Ramai sebenarnya yang buat tekaan yang begini dan ia sebenarnya logik juga.
Namun, selang sehari, peniaga tersebut menerangkan bahawa pelanggan itu tersalah membuat pesanan. Sebenarnya pelanggan itu mahu memesan nasi goreng pataya tanpa sayur tetapi tertaip tak nak telur sehingga mengelirukan peniaga tersebut.
@the_kabinz_jerantutReply to @fiyz94 kita tunggu rider datang pastu minta check n confirm balik dgn customer ? ##customersbelike ##fyp ##foryou ##justforfun♬ Late Night Melancholy – Rude Boy
Macam-macam teletah pelanggan kita akan jumpa bila berniaga ni. Apa pun kita doakan agar perniagaan kedai makanan ini terus laris dan terus memberikan servis yang bagus buat pelanggan.
Sumber: The Kabinz