Bila sebut kos guaman, tentu rata-rata antara kita akan fikir satu kos yang mahal. Tak semua orang mampu untuk melantik peguam kerana memikirkan bayarannya yang tinggi. Bagaimanapun, seorang peguman di Sorsogan City di Filipina menerima seikat ketam sebagai bayaran atas khidmat guamannya apabila anak guamnya tidak mampu untuk membayarnya dengan wang.
Kisah tersebut tular di Facebook milik peguam tersebut yang dikenali sebagai Noel Allen Bose apabila dia berkongsi foto dirinya memegang seikat ketam sambil sebelah tangan lagi memegang beg bimbitnya di luar mahkamah. Ketam yang diberikan itu masih lagi hidup dan ia merupakan hasil tangkapan anak guamnya.
Menurut Bose, selepas selesai perbicaraan, anak guamnya memberi tahu bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membayar kos guaman dan bertanya bolehkah Bose menerima ketam sebagai bayarannya. Bose dengan senang hati bersetuju dan menerima ketam tersebut.
“Ketam membuatkan perut saya kenyang, tetapi respon anda semua terhadap hantaran ini membuatkan hati saya lebih gembira. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada peguam yang bekerja baik untuk kerajaan ataupun swasta,” tulis Bose dalam bahasa Filipina.

Apa yang dilakukan oleh peguam ini menunjukkan duit bukanlah segalanya, dan kadang-kadang pemberian yang boleh mengenyangkan perut itu adalah lebih baik. Bose juga berkata dia sangat berbangga dapat berkhidmat untuk rakyat di negaranya yang kebanyakannya dari golongan miskin. Dalam pada itu, Bose sempat juga berkongsi gambar masakan ketam tersebut yang kelihatan sedap.
Baca juga: Dilemparkan Tomahan Isu Selipar Masuk Masjid, Menteri Agama Tenang Beri Penjelasan
Sumber berita: Filipino Times