Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Seronok Bermain Lumpur, Adik-Beradik Lari Lintang-Pukang Lepas Bapa Pulang

today24 June 2021

Background

Bila berbicara tentang perangai, semestinya setiap individu mempunyai perangainya yang tersendiri. Kata orang, semakin meningkat umur seseorang itu, kelakuan dan cara berfikir mereka turut sama akan meningkat atau berkembang. Namun, pasti ada individu yang akan terbawa perangai kebudak-budakan atau ‘childish act’ walau berapa pun umur mereka.

Baca juga: Mahu Nikmati Kehidupan Normal, Mesej Balas Diterima Rakan Wartawan Rungkai Teka-Teki Keberadaan Anita Sarawak

Terbaru tular sebuah video di laman TikTok apabila beberapa orang pemuda yang asyik bermain lumpur di sebuah kawasan yang berbukit berhampiran rumah mereka lari lintang-pukang selepas terlihat bapa mereka pulang. Pemuda- pemuda yang asyik bermain lumpur itu merupakan adik-beradik dan yang merakamkan aksi mereka adalah adik mereka sendiri.

@sharifdaznisuhaimimain lumpur gais? @faisal.suhaimi @faizaldanialsuhaimi♬ original sound – SHARIF DAZNI SUHAIMI

Apa yang menarik perhatian ramai, kebiasaannya kanak-kanak yang bermain seperti ini tetapi 3 pemuda ini adalah orang dewasa. Menerusi rakaman video berkenaan jelas menunjukkan mereka dalam keseronokan. Tak ingat dunia mereka main lumpur. Namun, selepas adik mereka menjerit “weh abah,abah” tak cukup tanah mereka berlari pulang ke rumah.

Aksi ini mengundang tawa ramai. Tak sangka dah besar panjang masih takut Abah. Iyalah siapa sahaja tak takut Abah kan? Lagi-lagi bila aksi seperti ini dilihat, takut betul kena marah. Demi menyelamatkan diri, sanggup mereka berlari tanpa memakai selipar di atas batu-bata. Terhenjut-henjut mereka berlari. Kelakar betul sampai ada yang ulang tengok berkali-kali.

Sesampainya di rumah, masing-masing mencari paip air yang berada di sekeliling rumah untuk membersihkan diri bagi menghilangkan “bukti”. Aduh, kelam-kabut 3 beradik ni. Dah besar pun masih “nakal”. Pasti pening kepala nak melayan gelagat mereka ini.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata terhibur dengan perkongsian ini. Ramai yang benar-benar tidak menyangka bahawa pemuda-pemuda dalam video tersebut adalah orang dewasa kerana sangkaan awal mereka adalah sekumpulan kanak-kanak. Ada juga yang rindu kampung dan Abah masing-masing apabila melihat video ini.

Nikmatilah segala waktu yang kita punya hari ini. Apa pun, kita doakan agar keluarga ini sentiasa dilimpahkan dengan kebahagiaan.

Baca juga: “Nasib Baik Tak Bersalin Awal” – Wanita Terkejut Ular Sawa Muncul Di Side Mirror, Ramai Seriau Lihat Video Dikongsikan

Sumber:  Sharif Dazni Suhaimi

Written by: Danisyah Dalily


Previous post