
Pengarah drama terkenal iaitu Sharulezad atau lebih mesra disapa dengan panggilan Budak Ijat menerusi satu hantaran di Facebook tampil memberikan respon berhubung situasi semasa negara mendepani pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih tiada kesudahan.
Ujar pengarah ‘Takdir Yang Tertulis’ itu, dia merasa pelik kenapa pihak yang berkenaan khususnya Mufti tidak mengeluarkan hukum berkaitan situasi semasa berkenaan Covid-19.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa haram bagi sesiapa yang merentas negeri bagi menyambut sambutan Hari Raya Aidilfiri. Mahu tidak mahu, rakyat terpaksa akur walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk pulang ke kampung bagi berjumpa keluarga dan menyambut perayaan itu.