
Seorang jururawat terpaksa menjadi ‘buai bergerak’ gara-gara pesakitnya yang masih kecil itu tidak berhenti menangis walaupun hampir semua staff jururawat cuba untuk memujuknya namun tidak berhasil.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Syeera di akaun Tiktok, kelihatan rakannya sedang mendodoi salah seorang bayi yang tidak henti menangis. Jururawat yang bernama Fida itu kelihatan bersungguh-sungguh bergerak ke kiri dan kanan bagi ‘menenangkan’ kanak-kanak itu.
Bayi itu bagaimanapun berhenti menangis selang beberapa minit selepas didodoi. Video yang mendapat lebih 70 ribu tanda suka itu menerima perhatian netizen yang rata-rata memuji usaha jururawat yang bersunggguh-sungguh memberikan yang terbaik untuk pesakit.