Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tular Video Polis Disyaki Minta ‘Duit Kopi’, Kertas Siasatan Tatatertib Dibuka

today5 July 2021

Background

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam di Twitter menunjukkan dua orang anggota polis telah menahan sebuah kenderaan dan cuba untuk mengambil ‘duit kopi’ daripada pemandu terbabit.

Di dalam video tersebut, jelas kedengaran anggota terbabit mengarahkan penumpang kereta yang ditahan untuk berhenti merekod video menggunakan telefon dan meminta lelaki yang ‘disoal siasat’ untuk memberikan sejumlah wang seperti yang ‘dijanjikan’.

Menurut salah seorang pengguna Twitter yang lain, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Pelabuhan Klang, menghala ke Bandar Sultan Sulaiman. Terangnya lagi, dia mengesyaki kedua anggota polis itu merupakan polis yang sama meminta ‘duit kopi’ daripada kawan-kawannya serta dirinya sendiri.

Untuk bacaan selanjutnya, klik disini.

Written by: Hamka Rosli


Previous post