
Seorang lelaki di Australia, berusia 65 tahun, berdepan dengan detik cemas apabila menjadi mangsa serangan ular sawa ketika menggunakan tandas di rumahnya. Kejadian tersebut berlaku pada jam 6 pagi, Isnin yang lalu.
Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat seekor ular jenis albino sepanjang lima kaki yang berada di dalam mangkuk tandas mangsa. Lapor Daily Star, ular tersebut merupakan haiwan peliharaan yang terlepas dari rumah jirannya sebelum berjaya mengigit mangsa di bahagian alat sulitnya.
Ujar mangsa, ketika kejadian dia berasa seperti ‘dicubit’ dan alangkah terkejutnya dia apabila berpaling dan terlihat seekor ular yang ‘bersembunyi’ di situ.