Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

EURO: Seni Penalti Jorginho Memukau

today7 July 2021

Background

Jorginho meledak penalti dengan seni tersendiri bagi memberikan peluang buat Itali ke final Euro 2020 pertama kali sejak 1968.

Bintang Chelsea itu memang terkenal dengan kepakaran melakukannya dan hanya segelintir berjaya menyelamatkannya apatah lagi meramalkan ke mana arah bola berkenaan akan disepak.

Sejurus sebelum itu, penalti Alvaro Morata diselamatkan yang memberikan Jorginho peluang bergelar hero negaranya.

Teknik dilakukannya adalah sempurna dengan Jorginho memberikan fokus sebenar terhadap penjaga gol dan menanti sebarang pergerakan kecil.

Dan ketika dia melihatnya, dia meledak ke gol dengan tampak begitu mudah dilakukan sebelum meraikannya dengan rakan sepasukan.

Jorginho selepas perlawanan berkata kepada Sky Sport Italia, apa yang ada di kepalanya sebelum meledak gol kemenangan itu.

Untuk baca selanjutnya, klik di sini.

Written by: Hamka Rosli


Previous post