Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi voice note yang dihantarnya kepada pelumba basikal Australia yang turut bertanding dalam acara Keirin bersama dengan Datuk Azizulhasni.
Dia kemudian berkongsi pesanan mesejnya kepada pelumba tersebut. Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah pemuda itu menghantar voice note dalam bahasa Melayu kepadanya.
Malah, dia juga siap bertanyakan mengapakah pelumba itu tidak mengekori rapat dengan pelumba dihadapan dan memberikan jarak yang agak jauh semasa perlumbaan.
Untuk pengetahuan anda, pelumba Australia yang bernama Matthew Glaetzer itu bertanding dengan Datuk Azizulhasni Awang semalam dalam acara Keirin yang menempatkannya berada di kedudukan kelima.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: