Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Viral Video Warga Asing Walk In & Tak Jaga SOP Di PPV, Tindakan Cikgu Ini Dipuji Netizen

today12 August 2021

Background


Menerusi IGTV yang dimuat naik oleh @bondaumirahtaib, dia dan suaminya mengambil tindakan untuk merakam situasi sebenar warga asing yang penuh di pusat vaksin itu dengan berharap agar semua membuka mata tentang mengapa angka kes positif tidak menurun di negara kita.

Malah, mereka juga merasa amat kecewa kerana tiada langsung pengawasan daripada polis untuk menjaga Standard Operation Procedure (SOP) di tempat berkenaan pada mulanya.

Seperti mana yang kita tahu, bukan semua warga asing tahu berbahasa Melayu. Jadi, mereka juga memerlukan guide daripada pihak berkuasa supaya mengikut SOP yang ditetapkan.

Pasangan suami isteri itu kemudian dilihat turun padang dan rela hati untuk memastikan warga asing di sana menjaga jarak kerana rasa tanggungjawab.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post