Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang bersama dengan anak perempuannya di dalam kereta.
Si ibu kemudian menceritakan perkara yang melucukan kepada anaknya mengenai ayahnya. Difahamkan wanita itu baru saja selepas menerima suntikan kedua dos vaksin.
Kemudian, si suami bertanya adakah dia okay dengan keadaannya sekarang. Dengan niat yang sengaja mengusik suami, wanita itu kemudian memberitahu “doktor cakap dos kedua ni jangan buat kerja banyak-banyak”.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah selepas saja si isteri memberitahu perkara tersebut, si suami terus bersiap-siap melakukan kerja rumah, mengemas dan juga memesan kepada isterinya itu supaya tidak memasak.
Perkongsian cerita itu membuatkan si anak terhibur dan tidak menyangka si ayah akan melakukan itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: