Menerusi video yang dimuat naik oleh @pandaterbang.my, kelihatan dia ketika itu singgah di sebuah restoran KFC untuk mengambil pesanan customernya.
Namun, sebaik saja dia ingin beredar dari situ, dia ditahan oleh seorang wanita. Apa yang lebih menyentuh hati adalah rupa-rupanya wanita itu ingin membelikannya satu set KFC.
“Sambil tunggu akak tu beli, termenung jauh jugak aku. Ya Allah baiknya akak ni. Akak tu hulur KFC kat aku then cakap doakan anak akak ye dik. Anak akak sakit, doakan dia”
“Tak sempat pula nak tanya anak akak tu sakit apa. Apa-apa pun semoga anak akak tu sembuh dan dalam keadaan baik inshaAllah,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: