PETALING JAYA – Usaha sama antara Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) yang dimuktamadkan semalam bakal menyaksikan program persijilan IBFIM, Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam (AQIF) ditawarkan kepada pelajar dan tenaga pengajar universiti itu untuk tempoh tiga tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata, kerjasama itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2017.
Sehingga kini, program tersebut telah melahirkan seramai 19 graduan dan tiga pensyarah Unissa dengan pensijilan AQIF.
AQIF yang diakreditasi penuh oleh Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan (MKPK) Brunei Darussalam.
“IBFIM dan Unissa berkongsi aspirasi sama untuk melahirkan graduan terlatih dan mencapai tahap kebolehpasaran dalam kewangan Islam bukan sahaja di Brunei, malah di peringkat antarabangsa.
“Jalinan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: