Seorang lelaki yang mahu turun pergi bekerja terkejut dengan penemuan seorang bayi yang diletakkan di dalam bakul motosikal miliknya di Kampung Siol Kandis, Kuching, Sarawak, pagi tadi. Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 pagi itu, bayi perempuan yang ditemukan berada dalam keadaan baik dan sempurna sifat dipercayai dilahirkan cukup bulan.
Baca juga: Ibu Maut, Bayi 3 Bulan Tercampak Keluar Dari Kenderaan Selamat
DIBUANG PASANGAN KEKASIH BERUSIA 16 TAHUN
Menerusi laporan BH Online, bayi malang itu dipercayai dibuang pasangan kekasih remaja, kedua-duanya berusia 16 tahun dari kampung yang sama.
“Remaja wanita itu dipercayai melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya sekitar jam 2 pagi sebelum menghubungi teman lelakinya memohon pertolongan.
“Mereka membersihkan dan membalut bayi dengan kain tuala sebelum meletakkanya dalam bakul motosikal seorang penduduk,” jelas sumber.

Walau bagaimanapun,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: