Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sime Darby Property rekod jualan RM1.3 bilion

today27 August 2021

Background


PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mencatat rekod jualan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021(H1 TK2021), tumbuh  83.9 peratus berbanding jualan sebanyak RM712.5 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. 

Pada tempoh kewangan tersebut, Kumpulan mencatat peningkatan pendapatan dan PBT sebanyak 42.8 peratus dan 227.4 peratus  masing-masing kepada RM1.1 bilion dan RM152.3 juta masing-masing berbanding H1 TK2020. 

Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) berjumlah RM80.5 juta yang direkodkan merupakan peningkatan yang kukuh berbanding kerugian pada H1 TK2020 sebanyak RM90.3 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, Kumpulan akan mengambil langkah berjaga-jaga dalam separuh kedua TK2021 untuk mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif sepanjang tahun kewangan ini. Usaha akan ditumpukan kepada pengukuhan operasi dan kedudukan kewangan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Affin Bank catat untung lebih tinggi

PETALING JAYA – Kumpulan Affin Bank Berhad (ABB) mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat yang tinggi sebanyak  RM282.2 juta untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM267.9 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi tahun ke tahun sebanyak  5.3 peratus itu dipacu oleh pendapatan faedah bersih yang meningkat  iaitu sebanyak 26.4 […]

today27 August 2021