SEBERANG PERAI – Lebih lima tahun, Nur Asyifa Ajis, 30, sering mengikuti bapanya membaiki dan menjual kipas terpakai di pasar malam serta pasar pagi di sekitar Kota Kuala Muda, Kedah dan Butterworth, Pulau Pinang.
Pengalaman berharga itu tanpa disedari telah mencambahkan rasa minat anak sulung daripada enam beradik itu untuk mula menceburkan diri dengan lebih serius di dalam perniagaan kipas.
Meskipun telah memiliki segulung ijazah dalam bidang elektrik dan elektronik, Nur Asyifa sebenarnya tidak pernah berasa kekok untuk bermula dari bawah dan menjadikan bapanya, Ajis Mat, 56, sebagai mentor.
Berkat kesabaran yang tinggi, Nur Asyifa akhirnya berjaya membangunkan sebuah empayar perniagaan sendiri di bawah jenama Dr. Kipas yang mengkhusus kepada perkhidmatan membaiki serta menjual kipas baharu dan terpakai.

Selain kipas dan alat ganti yang lain, beberapa peralatan elektrik dan elektronik seperti lampu, periuk nasi dan radio turut ditawarkan di kedai berkenaan pada harga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: