Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Teh Lively miliki kadar kandungan gula yang rendah

today1 September 2021

Background


PETALING JAYA – Nestle (Malaysia) Berhad. (Nestle)  berkeyakinan terhadap rangkaian minuman teh baharunya, Teh Lively  bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

Ini kerana produk minuman baharu yang menggabungkan nikmat perisa buah-buahan kegemaran selain padat dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang diakui berkesan membantu mengembalikan tenaga kepada tubuh badan bakal menjadi pilihan masyarakat kini yang semakin sibuk dengan tugasan harian.

Faktor tambahan Adaptogen dan juga memiliki kandungan gula yang jauh lebih rendah dalam Teh Lively berbanding minuman berasaskan teh yang lain dapat memenuhi kumpulan pelanggan yang mengamalkan gaya hidup sihat selain mengutamakan pengambilan makanan serta minuman berkhasiat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai adaptogen terdiri daripada bahan-bahan yang berasal daripada tumbuhan terkenal kerana kesan kebaikannya dalam menangani tekanan.

“Memandangkan ramai rakyat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post