PETALING JAYA – Niat untuk membantu dalam persekitaran ekonomi yang sukar sehingga menyebabkan kadar pengangguran meningkat secara mendadak telah mendorong syarikat Syukor Burger bergerak aktif menyusun strategi baharunya untuk membantu golongan terjejas.
Pengasas jenama tersebut, Syukor Majid, 33, telah mencari idea dengan membangunkan cabang perniagaan berkaitan makanan dan minuman untuk menawarkan peluang bisnes berpotensi kepada mereka yang berminat.
“Sembilan bulan lalu, saya tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan burger tetapi kerana niat untuk membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat, saya berusaha gigih dalam masa yang singkat itu untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan.
“Saya belajar buat semua perkara termasuk roti, daging ‘patty’, sos dan mayonis.
“Berkat usaha tersebut, saya kini semakin mahir dan jika ada yang bertanya tentang burger, saya sudah pandai membuatnya,” kata beliau dalam kenyataan.

Syukor Burger yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: